February 16, 2015

Ulang Tahun Perkenalan

Semalam, tanggal 14 Februari 2015, genap 10 tahun kita berkenalan dan jadi kawan. Lagi dua minggu, kita akan bergelar suami isteri pula. Dalam kesibukan menyempurnakan majlis kita, saya curi sikit masa untuk menulis dalam blog personal saya. Awak tak tahu pun kewujudan blog ni kan? Ke awak tahu? Saya harap awak tak tahu.

Kisah perkenalan kita, saya dah pernah ceritakan dekat sini, sini dan sini. Siap ada epilog lagi tau, awak. Masa kita mula berkenalan dekat sekolah, saya mengaku, saya memang ada perasaan dekat awak. Perasaan yang pelik, lebih kuat dari yang lain, tetapi saya tak pernah tahu, itu petanda jodoh.

Selain dengan mama dan abah, saya paling banyak menangis dengan awak. Kalau kumpul sesi menangis saya dengan awak, dan sesi saya menangis dengan mama dan babah, hampir sama banyak, tahu? Ini dah termasuk sesi menangis masa masih bayi. Faham tak jumlah banyaknya macam mana?

Banyak kali saya buat silap dengan awak sebenarnya. Tetapi awak baik, awak maafkan. Dan setiap kesalahan yang dimaafkan, mesti ada pesanan moral dari awak. Jujur, kadang-kadang saya pandang rendah dekat awak. Bukan sebab saya rendah, tetapi sebab kita kawan sekolah dan kita sama baya, saya tak pernah tahu pengalaman hidup awak lebih hebat dari saya. Sekarang saya sudah tahu. Rasa hormat saya pada awak sekarang ini setinggi gunung yang paling hebat seantero alam.

Awak seorang lelaki yang kuat dan tabah. Dugaan awak banyak. Saya tahu sebab saya antara saksi utama hidup awak. Saya harap, selepas kita melangkah lagi setapak kehadapan dengan perkahwinan ini, awak akan lebih kuat dan tabah. Saya akan sentiasa menjadi penyokong hidup awak dan juga peminat awak. Nanti saya ingat nak print satu poster muka awak dan tampal kat dinding. Aci tak?

Saya tak pernah sangka, 10 tahun tu tempohnya sekejap je. Tinggal dua minggu je lagi dan saya akan jadi milik awak. Kelakar kan? 10 tahun yang lepas kita masih lagi budak-budak. Berangan bukan main. Awak nak anak berapa orang? Kalau anak nakal, awak nak rotan dia ke? Awak rasa, awak akan jadi ayah yang baik ke? Kahwin pun belum, nak cerita pasal anak.

Okay la, saya nak tidur dah. Esok kerja. Lepas selesai semua majlis dan upacara perkahwinan, saya akan tunjuk awak post ni. Nak harapkan awak yang sentiasa sibuk 24 jam tu baca, memang menunggu kucing bertanduk.

Bagi memudahkan awak lagi, saya dah sediakan link ke post yang ada kaitan dengan awak. Bukan semua hokehh, yang buruk-buruk saya dah sorok. Pandai-pandai la cari.






**Dan aku dah tak perlu Jealousy

No comments: