February 24, 2013

Jealousy

Aku cemburu dengan mereka yang bernikah awal. Bagi aku, mereka manusia yang sangat-sangat bertuah. Kemudian dapat baby. Hidup memang dilimpahi rahmat Allah swt.

Wanita yang bernikah awal adalah wanita yang sangat-sangat dirahmati dan dilindungi oleh Allah swt.

Sebab utama, mereka sentiasa di bimbing. Selepas dibimbing ibubapa, mereka terus dibimbing oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Belum sempat mereka terpesong arah, sudah ada orang yang sudi menghulurkan tangan untuk membimbing mereka.

Perempuan, sebelum usia dia 25 tahun, adalah sangat mudah di bimbing. Awal 20an adalah usia kebanyakan dari kita belajar tentang kehidupan luar dari apa yang ibubapa kita ceritakan. Kau terpaksa membuat keputusan sendiri. Silap langkah, kau tak mampu patah balik.

Aku sedih sebenarnya, sedih dengan perjalan hidup aku sendiri. Tak mungkin orang macam aku tak pernah tersilap langkah. Semua orang mesti pernah buat silap. Cuma kadang-kadang aku terfikir, kenapa lewat sangat lelaki yang akan membimbing aku tu datang?

Aku masih lagi menunggu.

Mungkin jodoh aku lambat datang, tapi aku harus bersyukur aku dilahirkan dalam Islam. Mungkin aku banyak kali terpesong. Tapi aku sentiasa yakin dengan agama aku.

Jujur, pernah je datang kemusykilan tentang agama. Dan bimbingan itu ada.

Sayangnya, dia tidak halal bagiku.




“No measure of time with you will be long enough, but we'll start with forever.” 

― Stephenie MeyerBreaking Dawn



Sedang cuba memikirkan alternatif ini Nikah Gantung (Khitbah) Satu Alternatif

No comments: