January 11, 2023

2023

 Hello 2023 😆

May 20, 2022

2022

 2 years after.


Hello.

December 04, 2020

2020

 Oh hey.

Just an update. We are in the middle of pandemic. Yes, a pandemic. It's a virus called Covid-19. Anyone contracted the virus will eventually got sick and may die from it. So far (until today from March 2020), the number people positive for the virus is about 65million people and about 1.5million deaths.

Up until today, there are a few vaccines have been tested but none have been approve yet for distribution. So, we have to wait till then.

This is just about current condition I'm living in.

And my life?

Another year, another baby? Yes, my second child was born during this pandemic. It was scary. No one can accompany me in the labor room.

Really hope 2021 will be better and nicer to us.


July 28, 2019

2019

Selamat pulang ke blog bersawang.

Just an update.

I've got a son. His name is Adam.

He is my excuse for not updating much here.

And because of Instagram. Lol.

Here

December 05, 2017

Wherever you will go

 


So lately, been wondering
Who will be there to take my place
When I'm gone you'll need love to light the shadows on your face
If a great wave shall fall and fall upon us all
Then between the sand and stone, could you make it on your own
 
If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low, I'll go wherever you will go
 
And maybe, I'll find out
A way to make it back someday
To watch you, to guide you through the darkest of your days
If a great wave shall fall and fall upon us all
Then I hope there's someone out there who can bring me back to you
 
If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low, I'll go wherever you will go
 
Run away with my heart
Run away with my hope
Run away with my love
 
I know now, just quite how
My life and love might still go on
In your heart, in your mind, I'll stay with you for all of time
 
If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low, I'll go wherever you will go
 
If I could make you mine, I'll go wherever you will go
If I could turn back time, I'll go wherever you will go

September 19, 2017

Aku, Casing Unicorn dan Kerja

Aku ada casing hand phone berbentuk Unicorn. Unicorn? Ala, kuda putih dengan tanduk berwarna-warna macam pelangi. And I'm loving it. Mula-mula rasa macam kids, jadi aku tak pakai langsung. Aku segan, malu dan seumpamanya. Obviously, aku risau kena ejek tak matang sebab pakai casing budak-budak.

Yep, budaya mengejek masih ada walaupun obviously masing-masing dah tua Bangka. Kadang-kadang aku tak rasa aku membesar pun. Rasa macam tukar sekolah je. Sekolah lelaki boleh smoking without being judge, women can be pregnant, the 'men' can keep their moustache and beard and so on. The uniforms are still there but tak ada la kena pakai hari-hari. The company (read: school) trips are still there. If you hate your class rep, believe me, you'll find more like them in the office.

The only good thing is, the SALARY. Masa sekolah kau mana dapat gaji. And nothing much change. You get money, you go shopping. TETAPI, good and bad always come in pair. Kau dapat gaji, kau juga akan dapat bills. Kadang-kadang aku tak pasti how these thing work, sebab most of the time, duit dalam bank boleh jadi negative. And I did question myself, seriouslah? Even the foods are becoming more expensive each day. 

Okay, jauh sangat. Kita balik ke topic asal kita, Unicorn Case.

So, eventually aku cuba pakai casing Unicorn tu. I said,"Ala, sehari je. Kalau tak ngam, kita bagi orang." Ya Allah, serious aku excited and happy the whole day pakai casing tu. Tepat 5.30pm, before balik rumah, aku tukar casing. Back to my favorite normal lame casing. Tbh, aku tak nak kantoi shopping casing online dengan husband. Lol.

From that day on, aku decide akan pakai Unicorn case on my gloomy-depress-sad day. After that, I did wear it on my depress day, my gloomy day, sad day and so on. It did help me feel happy every time I look at it. But only certain days, and when I'm back to normal, I changed it back. Most of the time, I rarely use it more than a week. You know, women time of the month things.

But recently, aku perasan aku pakai almost for 2-3 months straight. I've tried to change it but I'm back to wear it again. I couldn't stop. Like I need it for my life.

Aku memang ada masalah dekat tempat kerja. I admit. But I've tried hard to fake it. You know, fake it till you believe it sort of thing. 

Bila aku sedar aku dah pakai casing unicorn more than 2 months, serious aku mula rasa ada benda tak kena. And then aku cuba bincang dengan husband. Tapi masa tu dia busy. On Sunday night, aku nangis teruk. Aku nangis bila fikir esok Isnin dan aku kena pergi kerja. Ya Allah. Apa ni? Aku bukan jenis macam ni. Kila kot, semua orang tengah stress, aku boleh dendangkan lagu doraemon untuk hiburkan hati. Kila boleh bangun awal pukul 5 pagi semata nak pergi Puncak Alam hantar report kot. Apa ni?

Esok pagi before kerja, aku bergaduh dengan husband. Aku serious nekad nak berhenti kerja. Aku tekanan. Aku tak mampu nak explain apa yang aku rasa masa tu and husband blame aku yang bersalah, malas nak buat kerja. Its not about my work anymore. Its more towards my mental health.

Kalau kerja banyak, serious aku boleh buat. Bukan nak berlagak, aku memang sejenis kerja kuat. Aku ada sifat rajin yang pelik dan sejenis tak suka menyusahkan orang.

Aku cuba kaji and ask around. Semua kata, jangan berhenti, kau kerja kerajaan. Bukan senang nak dapat balik. Blablabla. So, bila aku minta tukar, semua senyap.

Last sekali, aku jumpa sorang bos ni. Aku cuba minta advice dia. And then, something she said buat aku 'click'. Something related about big boss suka downkan mental staffs. 

Ye, aku down. Aku down teruk. Down sampai aku pernah berdoa supaya aku excident on the way nak pergi office, so I don't need to face them.

Dan aku perlukan bantuan untuk naikkan semangat aku balik.

Sebab tu wujudnya casing Unicorn.

Aku tak tau aku patut berhenti kerja atau pergi kaunseling. Mental aku down teruk. Till now.

April 28, 2017

Mana gambar?

Orang tanya, "Mana gambar kahwin kau?" aku hanya mampu diam dan senyum. Apa aku mampu jawab pun. Takkan aku nak cerita betapa kecewanya aku bila tiga album yang dijanjikan tiba-tiba menjadi satu? Takkan aku nak cerita betapa kecewanya aku yang photographer yang aku upah masa kenduri hanya ambil sikit gambar berbanding kemeriahan yang ada masa hari perkahwinan aku? Takkan aku nak cerita pelamin idaman aku tiba-tiba jadi lain dari yang dijanjikan?
 
Aku diam. Aku tak tahu nak terangkan dengan kedua belah keluarga. Setiap kali aku cuba edit gambar kahwin aku sendiri, aku rasa macam ank menangis. Aku tak boleh ulang semula hari perkahwinan aku. Penghujung cerita, aku terpaksa pujuk diri sendiri.
 
Cara yang aku boleh buat, perlahan-lahan buat sendiri gambar kahwin. Berbekalkan skill yang aku belajar dulu. Kalau rasa nak menangis atau give up, aku stop. Itu je aku mampu buat.
 
Sampai hari ini aku menyesal upah butik perkahwinan itu. Nak jejak kaki ke kedai untuk ambil baju mertua aku pun aku rasa menyampah. Aku rasa macam nak tumbuk muka pemilik butik itu. Kalau tak cukup pekerja, jangan janjikan yang indah-indah kepada pengantin. Impian pengantin tinggi, sebab itu dia pilih kau, dia upah kau. Baju yang tempah khas untuk bersanding pun aku tak pakai. Aku geli, aku rasa nak marah. Kau kata tempah khas tetapi kenapa tak sama langsung macam yang aku minta. Aku tak nak jadi bridezilla, tetapi kau jangan ambik kesempatan.
 
Butik itu tak sediakan kasut untuk pengantin, tak ada layanan khas untuk kau kalau kau datang butik, baju pakai sendiri, pilih sendiri, pelamin dijanjikan masa di booth perkahwinan (Festival pengantin di Mid Valley) tak dapat, gambar masa bersanding limit untuk beberapa jam sahaja dan bukan sepanjang hari, album gambar yang dijanjikan tiga tiba-tiba jad satu album sahaja tetapi bersaiz besar, baju tempah khas mertua sampai sekarang (sudah selesai majlis) tak siap-siap. Aku boleh listkan lagi, tetapi cukuplah. Aku sakit hati nak ingat semula.

Mungkin aku yang bermasalah, mungkin aku yang cerewet. Kau ambil sendiri pakej itu dan kau cerita dengan aku kalau servis dia bagus. Aku datang butik itu selalu clueless. Aku tak tahu apa yang aku kena buat sebab tak ada yang guide aku. Mana pembantu aku? None. Satu je yang bagus tentang butik itu. Makeup artis dia bagus.
 
Cukuplah.
 
Butik perkahwinan ini terletak di Shah Alam. Namanya Butik Andaman 23.

April 26, 2017

Rabu

Setiap hari Rabu, biasanya aku akan sibuk dengan mesyuarat yang berturutan sampai ke petang. Kalau nasib aku baik, mesyuarat dibatalkan. Aku tak suka mesyuarat hari Rabu sebab setiap mesyuarat yang dibuat, aku kena buat minit mesyuarat macam aku tak ada kerja lain. Sedangkan minit mesyuarat bukan kerja aku dan uruskan mesyuarat juga bukan kerja aku. Apatah lagi menghubungi semua ahli mesyuarat juga bukan kerja aku.
 
Kebetulan untuk bulan ini, ada 8 tender yang perlu diniagakan untuk 300++ kontraktor yang datang tak kira masa dan ketika. Bila lambat, kau akan dimaki oleh kontraktor yang penat mendaki bukit dari tempat letak kereta dan naik ke pejabat di tingkat 5 ini. Belum lagi kau terpaksa tahan muka menolak dokumen mereka yang tidak lengkap. Paling teruk, aku perlu keluarkan surat untuk kesemua kontraktor yang telah melawat tapak untuk maklumkan penangguhan tarikh tutup tender atau ada addendum, perubahan isi kandungan dalam dokumen.
 
Dalam tempoh aku bersilat menghubungi kontraktor, menjawab soalan dari orang-orang daerah dan membantu menjual tender, orang atasan aku panggil. 'Dub dub,' jantung aku berbunyi. "Mana paperwork perubahan kerja dari Daerah?" dia tanya. Aku diam dan tunduk sambil memikirkan apa jawapan yang paling sesuai untuk kesalahan aku kerana melupakan kertas kerja yang telah diserah oleh orang daerah. "Ada dengan saya, bos," aku beritahu perlahan. Hati aku mula mengecut perlahan, takut dengan situasi, takut dengan tindakbalas dari orang atasan.
 
Tempoh 2 minggu adalah limit tempoh untuk proses bayaran interim yang diterima dari orang Daerah. Bayaran interim memang keutamaan tugas aku. Semak setiap ejaan, kiraan, baki duit projek, kerja di tapak layak di bayar atau tidak, dan lain-lain. Bila tiada kerja lain, aku ambil masa satu hari untuk selesaikan dan bawa masuk ke bilik ketua bahagian sebelum serah ke pengarah untuk ditandatangan. Anggaran tempoh proses bayaran jika tiada gangguan adalah dalam 3 hari. Itu kalau, aku tiada kerja dalam tangan, aku ada di meja semasa terima bayaran, tiada sebarang kesalahan dari orang Daerah, tindakan dari Daerah bila aku minta pembetulan adalah cepat, orang atasan tiada kerja dan terus menyemak bayaran interim yang aku serah pada dia sebelum serah pada Pengarah, Pengarah ada di pejabat, Pengarah tidak sibuk menguruskan kerja lain serta beberapa situasi lain yang mudah. Nampak mudah, tetapi tidak. Walaupun aku dapat bantu mempercepatkan proses bayaran sekali pun, masih ada query dari pihak kewangan. Kadang-kadang pertanyaan dari kewangan membuatkan aku membuka semula empat fail setebal penumbuk.
 
Bekerja dengan kerajaan tak semudah yang awak sangka. SATU benda boleh menjadi punca kewujudan kertas kerja setebal 5 kaki. Jangan main-main. Bekerja dengan kerajaan, sebenarnya awak bekerja untuk rakyat. Dan rakyat, can be scary. Belum cerita bab aduan. Takut woo.
 
So, good luck kepada bakal pekerja-pekerja kerajaan. Semoga anda gagah menghadapi dugaan.
 
Oh, hey kila-dari-masa-depan. Kau hari ini dapat makan dekat Hot Pindang, Kak Z belanja, dan Secret Recipe sempa birthday F, juga Kak Z belanja. Cepat cakap, "Terima kasih, Kak Z."
 
Sincerely,
Kila-dari-masa-kini

April 24, 2017

Semangat yang diluputkan

Dulu aku pernah janji, 'blog ni aku akan update semua pasal hidup aku!' Nampak tak semangatnya di situ? Kemudian, aku mula ambil tahu tentang semua keperluan untuk blog sedangkan tujuan asal adalah untuk cerita pasal hidup aku, bukan tentang traffic, bukan tentang berapa ramai yang baca, bukan tentang popular.  Aku buat akaun blog khas untuk Kila-di-masa-hadapan untuk ulang baca dan ketawakan kebodohan diri sendiri di zaman silam dan sebagai sejarah yang aku perlu ingat.

Aku terus senyap lepas grad degree. Aku tak perlu cerita secara detail kenapa aku senyap. Semua orang tahu yang aku perlu cari kerja, cari duit semata untuk bayar hutang PTPTN. Dari bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran (secara jujurnya aku kerja sebagai kerani untuk segalanya) dan tiba-tiba aku dapat rezeki bekerja sebagai Penolong Juruukur Bahan (dimana aku sebenarnya masih kekal bekerja sebagai kerani tak rasmi) aku kekal senyap.

Tak ramai yang tahu aku ada masalah kurang keyakinan diri dan overthinking. Aku teringin sangat nak gapai cita-cita untuk kerja dalam bidang grafik. Tetapi bila kau nampak artwork kawan-kawan kau yang seriously gempak, dengan yakin kau tahu kau akan susah nak dapat kerja sebagai pereka grafik. 'Yakin' sangat *mata ke atas*.

Jawatan Penolong Juruukur Bahan aku dapat menggunakan diploma aku. Bila bandingkan gaji aku dengan yang lain bekerja menggunakan ijazah adalah sama, jadi aku stay. To be honest, I'm not happy working there. Tidak sepenuhnya tak happy, tipu kalau aku tak pernah happy. Kebanyakan orang-orang yang aku kenal dan jumpa sepanjang aku bekerja adalah peramah dan helpful. Tetapi, kalau ada yang berpeluang timba pengalaman bekerja dengan kerajaan, kau mesti faham part mana yang aku tak happy. Satu hari nanti, aku akan ceritakan detail pro and cons kerja dengan kerajaan.

So, yeah, I'm married. Banyak benda sebelum, semasa, selepas hari perkahwinan aku. Sampai hari ini, aku tak ada album kahwin. Yep, kau budak grafik tetapi tiada album kahwin. Loserlah kau ni. So so so many things aku regret. Macam agensi yang aku pilih untuk handle majlis aku yang macam urgh.

Aku mungkin sedikit pelik, tak macam orang lain. Aku boleh terima perubahan tanpa ada masalah. Contohnya, penerimaan aku jadi isteri seseorang. Aku tak ada rasa sebarang perubahan macam orang lain. Termasuk pindah dari rumah mama ke rumah mertua, kemudian ke Bandar Botanik, Klang dan akhir sekali ke Shah Alam semula. Aku rindu mama dengan abah tak teruk seperti sepatutnya selepas kahwin. Sekali je aku menangis rindu mama and that's it. Aku pelik dengan diri sendiri dan kadang-kadang tanya juga, 'Weh kila, kau tak rindu mak bapak kau ke?'. I have a phone, call je la, kan?

Seseorang pernah berkata, 'orang yang mudah menerima perubahan adalah orang yang bijak.' Dengan keyakinan yang masih ada, aku yakin yang aku bijak. Hahaha.

Ada banyak lagi aku nak cerita ni, tetapi nampaknya aku kena stop dulu. Esok kerja, baju tak gosok lagi.

Bye Kila-di-masa-hadapan.

Sincerely,
Kila-di-masa-kini.

February 16, 2017

Suami

Jantung awak
Degup jantung awak
Buat saya rasa tenang

Dengkur awak
Bunyi dengkur awak
Buat saya rasa selamat

Kenyataan yang ini semua hanya sementara
Kenyataan yang suatu hari awak akan tiada
Buat saya tak tidur lena