Dulu aku pernah janji, 'blog ni aku akan update semua pasal hidup aku!' Nampak tak semangatnya di situ? Kemudian, aku mula ambil tahu tentang semua keperluan untuk blog sedangkan tujuan asal adalah untuk cerita pasal hidup aku, bukan tentang traffic, bukan tentang berapa ramai yang baca, bukan tentang popular. Aku buat akaun blog khas untuk Kila-di-masa-hadapan untuk ulang baca dan ketawakan kebodohan diri sendiri di zaman silam dan sebagai sejarah yang aku perlu ingat.
Aku terus senyap lepas grad degree. Aku tak perlu cerita secara detail kenapa aku senyap. Semua orang tahu yang aku perlu cari kerja, cari duit semata untuk bayar hutang PTPTN. Dari bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran (secara jujurnya aku kerja sebagai kerani untuk segalanya) dan tiba-tiba aku dapat rezeki bekerja sebagai Penolong Juruukur Bahan (dimana aku sebenarnya masih kekal bekerja sebagai kerani tak rasmi) aku kekal senyap.
Tak ramai yang tahu aku ada masalah kurang keyakinan diri dan overthinking. Aku teringin sangat nak gapai cita-cita untuk kerja dalam bidang grafik. Tetapi bila kau nampak artwork kawan-kawan kau yang seriously gempak, dengan yakin kau tahu kau akan susah nak dapat kerja sebagai pereka grafik. 'Yakin' sangat *mata ke atas*.
Jawatan Penolong Juruukur Bahan aku dapat menggunakan diploma aku. Bila bandingkan gaji aku dengan yang lain bekerja menggunakan ijazah adalah sama, jadi aku stay. To be honest, I'm not happy working there. Tidak sepenuhnya tak happy, tipu kalau aku tak pernah happy. Kebanyakan orang-orang yang aku kenal dan jumpa sepanjang aku bekerja adalah peramah dan helpful. Tetapi, kalau ada yang berpeluang timba pengalaman bekerja dengan kerajaan, kau mesti faham part mana yang aku tak happy. Satu hari nanti, aku akan ceritakan detail pro and cons kerja dengan kerajaan.
So, yeah, I'm married. Banyak benda sebelum, semasa, selepas hari perkahwinan aku. Sampai hari ini, aku tak ada album kahwin. Yep, kau budak grafik tetapi tiada album kahwin. Loserlah kau ni. So so so many things aku regret. Macam agensi yang aku pilih untuk handle majlis aku yang macam urgh.
Aku mungkin sedikit pelik, tak macam orang lain. Aku boleh terima perubahan tanpa ada masalah. Contohnya, penerimaan aku jadi isteri seseorang. Aku tak ada rasa sebarang perubahan macam orang lain. Termasuk pindah dari rumah mama ke rumah mertua, kemudian ke Bandar Botanik, Klang dan akhir sekali ke Shah Alam semula. Aku rindu mama dengan abah tak teruk seperti sepatutnya selepas kahwin. Sekali je aku menangis rindu mama and that's it. Aku pelik dengan diri sendiri dan kadang-kadang tanya juga, 'Weh kila, kau tak rindu mak bapak kau ke?'. I have a phone, call je la, kan?
Seseorang pernah berkata, 'orang yang mudah menerima perubahan adalah orang yang bijak.' Dengan keyakinan yang masih ada, aku yakin yang aku bijak. Hahaha.
Ada banyak lagi aku nak cerita ni, tetapi nampaknya aku kena stop dulu. Esok kerja, baju tak gosok lagi.
Bye Kila-di-masa-hadapan.
Sincerely,
Kila-di-masa-kini.
No comments:
Post a Comment