April 26, 2017

Rabu

Setiap hari Rabu, biasanya aku akan sibuk dengan mesyuarat yang berturutan sampai ke petang. Kalau nasib aku baik, mesyuarat dibatalkan. Aku tak suka mesyuarat hari Rabu sebab setiap mesyuarat yang dibuat, aku kena buat minit mesyuarat macam aku tak ada kerja lain. Sedangkan minit mesyuarat bukan kerja aku dan uruskan mesyuarat juga bukan kerja aku. Apatah lagi menghubungi semua ahli mesyuarat juga bukan kerja aku.
 
Kebetulan untuk bulan ini, ada 8 tender yang perlu diniagakan untuk 300++ kontraktor yang datang tak kira masa dan ketika. Bila lambat, kau akan dimaki oleh kontraktor yang penat mendaki bukit dari tempat letak kereta dan naik ke pejabat di tingkat 5 ini. Belum lagi kau terpaksa tahan muka menolak dokumen mereka yang tidak lengkap. Paling teruk, aku perlu keluarkan surat untuk kesemua kontraktor yang telah melawat tapak untuk maklumkan penangguhan tarikh tutup tender atau ada addendum, perubahan isi kandungan dalam dokumen.
 
Dalam tempoh aku bersilat menghubungi kontraktor, menjawab soalan dari orang-orang daerah dan membantu menjual tender, orang atasan aku panggil. 'Dub dub,' jantung aku berbunyi. "Mana paperwork perubahan kerja dari Daerah?" dia tanya. Aku diam dan tunduk sambil memikirkan apa jawapan yang paling sesuai untuk kesalahan aku kerana melupakan kertas kerja yang telah diserah oleh orang daerah. "Ada dengan saya, bos," aku beritahu perlahan. Hati aku mula mengecut perlahan, takut dengan situasi, takut dengan tindakbalas dari orang atasan.
 
Tempoh 2 minggu adalah limit tempoh untuk proses bayaran interim yang diterima dari orang Daerah. Bayaran interim memang keutamaan tugas aku. Semak setiap ejaan, kiraan, baki duit projek, kerja di tapak layak di bayar atau tidak, dan lain-lain. Bila tiada kerja lain, aku ambil masa satu hari untuk selesaikan dan bawa masuk ke bilik ketua bahagian sebelum serah ke pengarah untuk ditandatangan. Anggaran tempoh proses bayaran jika tiada gangguan adalah dalam 3 hari. Itu kalau, aku tiada kerja dalam tangan, aku ada di meja semasa terima bayaran, tiada sebarang kesalahan dari orang Daerah, tindakan dari Daerah bila aku minta pembetulan adalah cepat, orang atasan tiada kerja dan terus menyemak bayaran interim yang aku serah pada dia sebelum serah pada Pengarah, Pengarah ada di pejabat, Pengarah tidak sibuk menguruskan kerja lain serta beberapa situasi lain yang mudah. Nampak mudah, tetapi tidak. Walaupun aku dapat bantu mempercepatkan proses bayaran sekali pun, masih ada query dari pihak kewangan. Kadang-kadang pertanyaan dari kewangan membuatkan aku membuka semula empat fail setebal penumbuk.
 
Bekerja dengan kerajaan tak semudah yang awak sangka. SATU benda boleh menjadi punca kewujudan kertas kerja setebal 5 kaki. Jangan main-main. Bekerja dengan kerajaan, sebenarnya awak bekerja untuk rakyat. Dan rakyat, can be scary. Belum cerita bab aduan. Takut woo.
 
So, good luck kepada bakal pekerja-pekerja kerajaan. Semoga anda gagah menghadapi dugaan.
 
Oh, hey kila-dari-masa-depan. Kau hari ini dapat makan dekat Hot Pindang, Kak Z belanja, dan Secret Recipe sempa birthday F, juga Kak Z belanja. Cepat cakap, "Terima kasih, Kak Z."
 
Sincerely,
Kila-dari-masa-kini

No comments: