Orang tanya, "Mana gambar kahwin kau?" aku hanya mampu diam dan senyum. Apa aku mampu jawab pun. Takkan aku nak cerita betapa kecewanya aku bila tiga album yang dijanjikan tiba-tiba menjadi satu? Takkan aku nak cerita betapa kecewanya aku yang photographer yang aku upah masa kenduri hanya ambil sikit gambar berbanding kemeriahan yang ada masa hari perkahwinan aku? Takkan aku nak cerita pelamin idaman aku tiba-tiba jadi lain dari yang dijanjikan?
Aku diam. Aku tak tahu nak terangkan dengan kedua belah keluarga. Setiap kali aku cuba edit gambar kahwin aku sendiri, aku rasa macam ank menangis. Aku tak boleh ulang semula hari perkahwinan aku. Penghujung cerita, aku terpaksa pujuk diri sendiri.
Cara yang aku boleh buat, perlahan-lahan buat sendiri gambar kahwin. Berbekalkan skill yang aku belajar dulu. Kalau rasa nak menangis atau give up, aku stop. Itu je aku mampu buat.
Sampai hari ini aku menyesal upah butik perkahwinan itu. Nak jejak kaki ke kedai untuk ambil baju mertua aku pun aku rasa menyampah. Aku rasa macam nak tumbuk muka pemilik butik itu. Kalau tak cukup pekerja, jangan janjikan yang indah-indah kepada pengantin. Impian pengantin tinggi, sebab itu dia pilih kau, dia upah kau. Baju yang tempah khas untuk bersanding pun aku tak pakai. Aku geli, aku rasa nak marah. Kau kata tempah khas tetapi kenapa tak sama langsung macam yang aku minta. Aku tak nak jadi bridezilla, tetapi kau jangan ambik kesempatan.
Butik itu tak sediakan kasut untuk pengantin, tak ada layanan khas untuk kau kalau kau datang butik, baju pakai sendiri, pilih sendiri, pelamin dijanjikan masa di booth perkahwinan (Festival pengantin di Mid Valley) tak dapat, gambar masa bersanding limit untuk beberapa jam sahaja dan bukan sepanjang hari, album gambar yang dijanjikan tiga tiba-tiba jad satu album sahaja tetapi bersaiz besar, baju tempah khas mertua sampai sekarang (sudah selesai majlis) tak siap-siap. Aku boleh listkan lagi, tetapi cukuplah. Aku sakit hati nak ingat semula.
Mungkin aku yang bermasalah, mungkin aku yang cerewet. Kau ambil sendiri pakej itu dan kau cerita dengan aku kalau servis dia bagus. Aku datang butik itu selalu clueless. Aku tak tahu apa yang aku kena buat sebab tak ada yang guide aku. Mana pembantu aku? None. Satu je yang bagus tentang butik itu. Makeup artis dia bagus.
Cukuplah.
Butik perkahwinan ini terletak di Shah Alam. Namanya Butik Andaman 23.
No comments:
Post a Comment