January 17, 2015

Ikhlas

*Pasang lagu remix Lana Del Rey kat youtube*

17 Januari 2015. Genap sebulan aku berusia 26 tahun. Dalam 26 tahun ni, aku tak pasti aku patut bangga atau tak dengan pencapaian dan pengalaman hidup yang aku dah lalui. Tapi benda yang paling penting aku belajar dalam hidup ini adalah ikhlas.

Ikhlas membawa erti yang besar. Sangat besar. Lebih-lebih lagi bila berkait dengan duit. Aku percaya bila kita bersedekah, tidak sedikit pun harta kita berkurang, sebaliknya makin bertambah. Tetapi aku masih menambah tahap keikhlasan aku itu.

Ada seorang lelaki dekat pejabat, kita namakan dia bos-bos, seorang yang bergaji besar. Bos-bos ni seorang bos besar dekat pejabat dia dan berdasarkan telefon yang dia pakai (obviously la iPhone), kita boleh agak yang gaji dia besar. Cukup selesa untuk dia sekeluarga.

Masa lepak, bos-bos bagitahu, walaupu gaji dia besar, kalau kira dan tolak perbelanjaan keperluan, sebenarnya tak cukup. Dengan situasi sekarang (pinjaman PTPTN, pinjaman kereta, pinjaman rumah, yuran taska anak, minyak kereta, segala natang bil), aku faham tak cukup dia di mana. Tidak mencukupi untuk hiburan atau ganjaran untuk diri sendiri (makan sedap, baju cantik, perkara selain keperluan).

Aku diam. Aku pelik. Sebab setahu aku, setiap kali keluar lepak makan dengan staf dia, dia yang akan belanja semua. Kalau tak cukup, tak perlu la paksa diri untuk belanja orang lain makan. Kita pun faham, bos-bos pun manusia juga. Tak sempurna. Aku tanya bos-bos pasal hal ni.

Bos-bos cakap, gaji dia kalau kira kasar lepas tolak semua perbelanjaan memang sepatutnya tak cukup. Tetapi setiap bulan duit dia sentiasa cukup. Walaupun selepas dia belanja staf dia makan dan pelbagai lagi, duit perbelanjaan dia sentiasa cukup. Mungkin rezeki yang datang kemudian atau rezeki tersorok yang Tuhan bagi, dia pun tak tau nak terangkan macam mana.

Dia pun pesan, Kila, awak pun jangan berkira sangat pasal duit ni, tak bawa ke mana. Kalau rasa nak belanja orang makan, belanja je. Asalkan awak ikhlas. Jangan pula dah belanja tapi lepas tu berkira-kira. Lebih baik awak tak payah belanja kalau tak ikhlas. Buat rugi je. Pahala ikhlas tak dapat, orang yang awak belanja pun sakit hati, nanti dosa pula jadinya.

Aku angguk angguk sambil cuba menyerap nasihat yang dia bagi.


Kalau berdasarkan penulisan aku ni, bos-bos tu macam berusia 40-50 tahun je kan? Tapi sebenarnya umur dia lebih kurang pertengahan 30an je.

Cerita ini berdasarkan nasihat-nasihat yang aku terima dari mereka yang berpangkat bos-bos. Semua cerita mereka lebih kurang. Berkait dengan ikhlas.

No comments: