March 04, 2012

telefon

Day seven.

Spending quality time dengan family dekat rumah membuatkan aku hampir lupa isnin ni aku mula kelas. Since aku tak perlu pack barang, aku tak perlu berkejar kejar suruh abah drive laju laju pergi kolej semata nak book katil bawah, aku tak perlu terkejar kejar bangun pagi semata malas nak beratur panjang masa hari pendaftaran masuk kolej. Hari bermalasan aku.

Nasib baik juga aku teringat yang registration course aku masih tak settle. Hadoi. Serabut betul ambil bahasa mandarin. Semua berebut nak masuk kelas A. Terpaksa aku dengan ida mengundur diri masuk kelas B. Nasib la. Malas nak fikir sebenarnya tapi bila membayangkan ahli ahli group video mandarin kitorang semua dapat masuk kelas A, rasa risau pula.

Pandang telefon rumah yang ada dalam bilik aku ni, membuatkan aku terasa rindu. Telefon rumah ni memang khas untuk aku dan dia bergayut. Memandangkan call rumah ke rumah adalah free, aku dah terbiasa tunggu panggilan dari dia melalui telefon rumah. Tapi sekarang ni, telefon tu berdering untuk orang lain. Bukan untuk aku lagi.


No comments: