December 27, 2010

kisah cinta kiki ep 1


ini kisah cinta aku. kisah sebenar tanpa rekaan. cuma mungkin ada nama watak yang telah ditukar bagi menghormati pihak-pihak yang terlibat.



2004

aku ni sejenis manusia yang sangat rajin membantu cikgu-cikgu di sekolah aku. kadang-kadang rajin yang melampau sampai ada masanya aku tak masuk kelas pun dengan alasan membantu cikgu. sebenarnya niat aku adalah untuk ponteng kelas. padahal cikgu tak suruh tolong pun, aku dengan rela hati membantu mengangkat buku-buku yang kadang-kadang ringan dan tak menggunakan tenaga pun.

satu hari, dalam perjalanan balik ke kelas dari bilik guru. aku ternampak 'dia', baru keluar dari pejabat sekolah. jantung aku berdegup. pelajar baru. mungkin korang tak percaya. tapi secara jujur, masa dan ketika itu terasa seolah terhenti dan aku nampak dia bersinar. [atau mungkin pancaran dari matahari pagi yang membuatkan effect sebegitu.]

dengan segera aku lari ke kelas. ye, aku lari dengan semangatnya beserta harapan yang pelajar baru itu, masuk ke kelas aku dan aku boleh sambut dia. harapan tinggal harapan. tiada siapa pun yang masuk ke kelas selepas aku kecuali cikgu yang mengajar untuk kelas seterusnya. persoalan yang bersarang dalam kepala aku, siapa 'dia'?

dan selepas itu, aku tak nampak pun kelibat dia untuk sepanjang tahun. bermula dari situ, aku mulakan hobi baru. masuk ke setiap kelas sebelum sampai ke kelas aku. aku masuk ke setiap kelas kecuali kelas ert (ekonomi rumah tangga) sebab semua pelajar perempuan. tak mungkin ada dia.



2005

senior year! masa untuk bergembira. gembira la sangat. masa untuk fokus kiki. come on! tahun penentu segalanya.

aku masih ingat, sekolah mewajibkan pelajar untuk aktif dalam salah satu aktiviti sukan. aku? seperti biasa. minah budget popular yang memandang sinis aktiviti kesukanan ini. kerja aku sepanjang hari itu, berjalan sekeliling sekolah dan tengok muka 'excited' pelajar-pelajar yang kena paksa masuk kelab. 

aku lalu sebelah kelab badminton punya tempat berkumpul. terdetik dalam hati untuk masuk. tapi, aku pun tak pasti kenapa aku macam tak berminat. lulu (bukan nama sebenar), kawan baik aku masa itu, ajak aku masuk kelab ping pong. aku terus pandang dia tak berkelip dan berkata, "lulu, aku sentuh pemukul ping pong tu pun tak pernah kalau kau nak tahu la. nama pemukul itu pun aku tak tahu. kau masuk la kalau kau nak masuk. esok-esok la aku fikir nak masuk kelab apa."


keesokan hari.

"kiki, kau rugi tak masuk kelab pingpong semalam. aku dapat jadi setiausaha. pengerusi dia pun handsome." untuk pertama kali bila lulu sebut pengerusi itu, aku dapat rasa pengerusi itu adalah 'dia'. gerak hati aku kuat katakan itu 'dia' walaupun masa itu aku tak tahu pun siapa pengerusi kelab ping pong. "err. lulu, siapa nama pengerusi?" "fikri." "aku nak masuk kelab ping pong boleh?" "hah?! rajin pula kau?"




bersambung..






kisah cinta kiki ep 2

3 comments:

Lee Yna said...

woi..bukan bendahari la..setiausaha..hahhaa...

kiki said...

nyahahaa~ aku da edit balik. ko kan banyak gila jawatan dari sekolah dulu sampai la ke mpp. jadi aku mudah keliru. ampunkan aku wahai minachi cun.

Lee Yna said...

taw xper..aq pon siap blh lupa cam ner aq dapat kolej dulu masa dip..xder pening2 nk kumpul kupon vagai..skali amik jawatan sumer setel..kakak aq pon cakap aq gila kuasa..hahhhaa...