December 28, 2010

kisah cinta kiki ep 2

14 februari 2005

untuk pertama kali aku tidak menerima apa-apa hadiah untuk valentine semenjak aku wujud di sekolah ini. dan hari ini, pertama kali aku ikut latihan ping pong dan bermain ping pong.

'dia'! aku nampak 'dia'. lulu tiba-tiba berkata,"itulah pengerusi kelab ping pong yang aku cakap handsome tu." dan aku nampak harapan dalam mata kawan aku. aku hanya mampu tersenyum dan memandang 'dia' dari jauh. latihan ping pong pun bermula. aku dan lulu main ping pong macam main badminton dan semua orang yang ada ketawa. habis bola ping pong terbang-terbang sampai ke siling dan tercampak keluar tingkap. dan aku nampak 'dia' pun ketawa. oh! 'dia' ada lesung pipit. tolong.jangan.senyum.macam.tu.aku.rasa.macam.nak.terbang.

aku tak dapat fokus pada latihan dan aku terus rehat kat tepi pintu. datang seorang budak tegur aku. asy, manis namanya. macam dalam novel. (yang pasti ini bukan nama sebenar juga) comelnya budak ni! berborak ringkas pasal henfon. dia nak tengok henfon aku yang kebetulan lebih canggih dari orang lain. ye la, zaman tu henfon pakai 3310, tapi aku da pakai yang berwarna siap ada gprs lagi. tanpa aku sedar, ada mata yang memandang.





hari sukan sekolah.

asy datang jumpa aku dan lepak sekali. aku selaku kakak angkat kesayangan dia kena la lepak sama. asy datang bersama 'dia'. aku ketika itu bersama lulu. aku tahu lulu juga menyimpan perasaan pada 'dia'. aku tiada hak untuk menghalang sesiapa pun untuk menyimpan perasaan pada sesiapa. dan sebenarnya aku lepak dengan asy pun untuk memberi ruang pada lulu untuk bertegur sapa dengan 'dia'. dan secara jujur, jauh di sudut hati aku, aku juga mahu bertegur sapa dengan 'dia'. lepak sama-sama, berborak dan ketawa berempat. tiba-tiba 'dia' letakkan kepala atas peha aku. "mengantuk. tumpang peha jap." aku gugup. lulu pandang aku.




latihan-latihan ping pong yang seterusnya.

aku jadi semakin rapat dengan 'dia'. seolah dia pun turut sama menaruh perasaan dengan aku. mungkin hanya aku seorang yang berperasaan begitu. 'dia' turut ditemani aim (bukan nama sebenar) untuk semua latihan yang seterusnya. dan selalunya lulu akan bersama dengan orang yang menjadi teman 'dia'. aku keliru dalam memberi ruang pada pada teman baik aku untuk flirting dengan 'dia' dan diri aku yang juga mengharapkan benda yang sama. apa yang patut aku buat?




pertandingan ping pong peringkat zon

aku tiba-tiba terlibat sama untuk pergi sokong ahli kelab ping pong yang mewakili sekolah peringkat zon. sebenarnya aku kena teman lulu selaku setiausaha untuk pergi. ketika ini aku tahu dan aku sedar yang kawan baik aku pun menaruh harapan pada 'dia'. tetapi kenapa aku rasakan yang 'dia' semakin tertarik pada aku? atau mungkin aku yang masih perasan sendiri? cukup kiki. kau perasan sorang-sorang lagi.

'dia' kena pukul dalam kawasan sekolah yang anjurkan pertandingan peringkat zon oleh pelajar-pelajar situ juga. semuanya gara-gara salah faham. aku terkedu. dan kenapa aku seorang sahaja yang nampak dia kena pukul? terus aku lari masuk dewan dan beritahu kawan-kawan lelaki yang lain. aku kaget. aku tak nak tengok 'dia'. aku takut. ini pertama kali aku nampak kes gaduh depan mata sendiri. dan sebelum aku lari ke dewan tadi, aku nampak salah seorang yang pukul 'dia' bawa kayu. gulp!

perjalanan balik dari pertandingan memang sangat memberi makna. 'dia' panggil aku duduk sebelah 'dia'. hati aku melonjak macam orang bodoh. lulu tak bagi sebab nanti dia tinggal sorang. tapi 'dia' lebih bijak. 'dia' gantikan tempat aku dengan asy. jadi, lulu tidak keseorangan. tapi, adakah ini bermakna dia sukakan aku juga? atau sebagai tanda terima kasih kerana bantu panggil yang lain masa dia kena pukul? tolong jangan mainkan hati aku macam ni.




bersambung..








kisah cinta kiki ep 3

3 comments:

Unknown said...

"tiba-tiba 'dia' letakkan kepala atas peha aku...."

OMG!!!!

HAHA best la baca. teruskan ye :D

kiki said...

:D ay pembaca setia. mwahxx!!

Lee Yna said...

ntah kenapa baca yg second nih aq boleh ketawa sampai satu tahap aq terus menangis bersambungan dari ketawa..ko telah mengingat kan aq kepada satu perkara-->>zaman sekola yang macam harem..