December 31, 2010

new year

kisah cinta kiki ditangguhkan buat sementara waktu bagi menyambut kedatangan tahun baru 2011. yeay!

sangat tak sabar nak masuk kelas balik. mahu jumpa semua classmate yang tomei-tomei cam dak-bushuk-mwah mwah! ehehehe.

saya mahu memperkenalkan ahli-ahli kelas yang mereng dan penuh dengan tragis kehidupan yang sungguh menakjubkan kesuma hati dan mata.



kita mulakan dengan teman sepermainan sepak-sepak punggung.

noy a.k.a mamarazzi - the very first person yang aku jumpa dan kenal masa daftar.
first impression, dia nampak gaya seperti datin versi junior tapi in a very nice way. mungkin sebab first day tu semua orang pakai baju kurung dan baju kurung dia agak datin atau mungkin tudung dia? abaikan.
apa-apa pun, aku kagum dengan photos yang dia ambil. semuanya sangat cantik dan dia sangat membantu dalam assignment photo. i love you la noy! mwahx mwahx!!

zida a.k.a. be gummi  - sebenarnya, aku baru jumpa blog dia. [atau aku yang lembab sebenarnya?]
saya amat kagum dengan kebolehan berbahasa inggeris dia. [kenapa tiba-tiba guna ganti diri saya?] dan memang betul bila dia kata dia selalu jadi 'walking dictionary' [betul ke ni? sila komen zidot] dia wajib wujud untuk group buat assignment aku. wajib! kalau dia tak wujud, aku rasa macam pelik. tak pasti kenapa. maybe sebab takde orang nak panggil aku nenek dengan nada yang garang seperti seorang cucu gayanya. ah~ aku sudah tua rupanya.

fifa - seorang yang sangat pendiam tapi sentiasa senyum. geram je. rasa nak cubit pipi dia sampai tercabut. muka dan badan dia sangat tak sama dengan umur. aku ingat dia baru abis spm. uhuk~ rasa macam nak tabik spring sebab dapat sambung degree di usia yang sungguh muda. tanya-tanya, rupanya sama baya. terus simpan tabik dalam poket buat roti canai. [dan satu-satunya manusia yang aku takde facebook dia] dia memang sanagt misteri.

anis - minah johor yang sentiasa ada handphone dalam tangan. dalam sehari, wajib akan nampak dia bergayut dengan telefon minima 10 minit. paling kelakar, sepanjang kelas drawing, dia boleh bantai bergayut. apa punya olang daa~

ida - ipoh mali maa! minah skuter yang keje dia naik skuter je hari-hari. [memang la naik hari-hari. sebab nak pergi kelas kena naik skuter] aku takde blog dia sebab dia dah privatekan. katanya, blog tu banyak gambar skandal dia dengan brad pitt. konon taknak aku jeles. satu hari nanti, aku nak hack la blog dia.




teman sepusat sepusing, pusing pusing sampai pening dan conteng kat blog masing-masing. [hebat juga aku buat pantun]

ayu a.k.a ayu candy - manis! benda pertama yang terlintas dalam otak. tapi kalau ayu ni tak senyum, agak gerun sedikit sebab jelingan mata dia menusuk kalbu kelambu. hehehe~ sangat kagum dengan kepakaran dia dalam design kerana dia sangat kreatif! tengok blog dia pun cukup. cemburu seyh tengok orang kretip kretip ni. mahu gigit kepala kasi tukar je.

zizie a.k.a zieka a.k.a si kering yang kuat makan - egegege~ kipas-susah-mati elmo. segalanya elmo. elmo elmo elmo elmo elmo elmo elmo. aha! fahamkan? sampai aku rasa kepala dia dipenuhi dengan bayangan si merah mulut besar mata besar kepala botak berbulu satu badan. elmo loves u! hahahaha *kecikkan suara sama macam elmo* [awek anep. jangan lupa tuh!]

jojo - si mata kuyu yang cool. aku pun tak tau kenapa. tapi dia sangat simple dan sempoi.

helmi a.k.a gemuk - dia tak gemuk pun sebenarnya. mamat yang suka mengarut tapi hidup simple. simple macam simply siti. faham? tak faham sudah.




kemudian, kita sambung dengan teman hangguk-hangguk kepala dalam kelas a.k.a tidur.

fareeeeeeeez a.k.a class rep - ketua kelas yang berjaya! yeah! dan aku harap sampai ke sem 6 nanti pun takkan bertukar. [amin]

miji - kadang-kadang, apa yang dia cakap agak menusuk hati. tapi adamasanya apa yang dia cakap tu betul. jadi, ada pros n cons.

zul - paling muda dalam kelas sebab dia dari matrix. bukan dari film the matrix tu! dari matrikulasi. faham?

azam - pendiam. sangat pendiam. sentiasa ada earphone dalam telinga. ada yang kata, itu sebenarnya alat bantuan pendengaran mamat ni. ada masanya geram juga cakap dengan azam ni. dia selalu hilang dalam dunia dia sendiri.

sharul - aha! aku sayang mamat ni! kalau sesiapa yang nak berkenalan dengan mamat ni, silakan. dia memang sangat baik. untung sape dapat jadi awek dia.

nani n alin- selalu berdua. mungkin sebab diorang dari tempat belajar yang sama sebelum ni.

madi - pertama kali aku dengar nama bunga dalam nama lelaki. nama sebenar madi, mawardi. see! comel kan? tapi orang dia tak comel. sebab kadang-kadang aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan. atau aku yang blur?

dayah - nama penuh dia siti nurhidayah lau tak silap. jarang ada dalam kelas. jadi aku tak berapa kenal sangat.






masa untuk tidur..

3 comments:

Unknown said...

Saje tau bagi orang kembang memalam ni! Hahaha
Thanks Kiki. *sambil merenung matamu* keh keh

Ok jom tukar kepala.

kiki said...

xyah tukar kepala la. ayu teerus buatkan assignment la. okek? ;DDD

Unknown said...

Ewahhh no okek okek. Haha