ya! ini entri pasal tahun baru lagi. aku mulakan hari ini dengan rasa marah. aku masih lagi bengang dengan sistem pertahanan negara! eheh. bukan-bukan. aku marah dengan sistem pengangkutan awam di negara kita.
sinopsis :
hari ni tahun baru, duit ptptn dah masuk, kawan aku ajak keluar dan aku tak mahu menyusahkan bapak aku hantar aku pergi seksyen 2.
jadi, azam tahun baru aku, aku mahu naik public transport selalu supaya tidak membazir minyak dan tenaga. tetapi, azam tu nampaknya, hanya bertahan sekejap je. ㅠ_ㅠ
aku gerak dari rumah dalam pukul 12.00 tengahari. sampai je hentian bas, aku masih lagi menunggu dengan bersemangat . kemudian aku teringat, kad touch n go aku tertinggal! takpe la. mungkin ada bas mini atau bas yang tak pakai touch n go.
jam 12.45 tengahari, bas pertama lalu. alamak, hanya pakai touch n go. tak dapat la aku naik. kalau aku nak patah balik rumah sekarang pun, bukannya sempat. jadi aku buat keputusan untuk tunggu lagi.
jam 1.15 tengahari. sekian lama tunggu. bas kedua lalu. aku baru lepas telefon babah mintak hantarkan kad touch n go. terus aku suruh abah pergi sembahyang dulu sebab bas yang lalu tu tak pakai touch n go. elok je letak, baru je nak melangkah naik, rupanya bas tu menuju ke klang. tak dapat lagi aku naik!
jam 1.45 pm. aku dah mula nak give up. tiba-tiba nampak bas ketiga lalu. tak pakai touch n go nampaknya. tetapi sayang, dia tak berhenti langsung! aku terus blah balik rumah.
panasnya hati. dah la bas lalu setiap setengah jam. hari pulak panas. aku dah la kejar masa! aku rasa macam nak mengamuk je!
sampai je rumah, terus mintak abah hantar sampai sek.2 sebab dia tak bagi aku drive ㅠ_ㅠ
kesian kawan aku tunggu lama.
No comments:
Post a Comment