January 19, 2011

kisah cinta kiki ep 3 [end]

dalam kisah cinta kiki ep 1, aku cerita macam mana aku pertama kali berjumpa dengan dia dan kisah cinta kiki ep 2 pula aku berkenalan dengan dia. dalam kisah cinta kiki ep 3 ni, aku nak ceritakan secara ringkas perjalanan cerita cinta pertama aku. [pergh! dah macam drama pulakan?]



(sambungan dari duduk bersebelahan dalam bas)
sepanjang perjalanan, aku tak cakap banyak. just duduk dan rasa bahagia. (silakan muntah. tapi memang itu yang aku rasa) tapi celaka, dia boleh bantai hisap rokok sebelah aku. bukan cikgu dah sound dia banyak kali ke jangan merokok dalam bas sekolah?


hari-hari seterusnya

tingkatan lima, tahun terakhir untuk aku merasai nikmat alam persekolahan. aku buat keputusan taknak naik bas sekolah, sebaliknya, balik naik bas biasa. untuk pengetahuan korang, jarak dari sekolah ke hentian bas adalah SANGAT jauh. diulangi, SANGAT jauh. dari sekolah, aku akan lalu padang, kemudian kawasan flat, kawasan perumahan, area kedai runcit, gerai makan, surau, tabika kemas, flat lagi dan akhirnya baru sampai. mungkin perjalanan yang lama tu boleh membuatkan aku lebih menghargai waktu dan sisa terakhir aku di sekolah. aku jenis mudah untuk berkenalan dengan teman baru, dari pulang sendiri, aku akan sentiasa ada teman untuk ke hentian bas dan akhirnya aku ada geng sendiri.


dan dia pun menjadi salah satu manusia yang menemani aku ke hentian bas *excited*. asalnya sekali-sekala, lama kelamaan, dia menjadi peneman setia aku. salah satu sebab untuk aku memilih naik bas awam ni pun kerana dia *tersipu-sipu*.


kemudian, aku dengan dia mula contact melalui handphone. untuk pengetahuan, aku mula pakai handphone dari tingkatan 4 kalau tak silap. hadiah hari jadi aku. aku pernah tanya dia secara direct, apa status hubungan aku dengan dia. since aku perempuan, bila lelaki sanggup teman kau balik sekolah, gayut dengn kau hari-hari, layankan segala kemengarutan aku dan paling tak boleh blah, sekali-sekala, aku dan dia menangis dalam telefon. aku dan dia spend most of the time bersama. kerana dia juga, buat pertama kali dalam hidup aku, aku ponteng dan lari dari sekolah semata cari dia. jadi soalan aku tu, ada logiknya. dan jawapan dia, "kita kawan". titik.



aku kecewa. ye. aku sangat kecewa. seperti yang dia kata, kita kawan. aku layankan dia sebagai kawan. kemudian ada trip ke cameron highland anjuran sekolah. aku pergi. dalam trip tu aku kenal dengan sorang mamat yang muka dia ala-ala farid kamil. serious weyh! macam farid kamil. tapi sayang, aku tak ingat nama dia. mamat muka farid kamil tu ajak couple selang beberapa hari dari trip tu. mungkin kerana aku masih geram dengan dia. aku terima.


aku ada teman baru balik sekolah. aku dengan sengaja tak lepak dengan dia dan geng aku, aku sanggup berdiri dengan si farid kamil dekat tepi hentian bas. aku tak tahu apa perasaan dia. yang aku tahu, dia datang, nampak aku dengan si farid kamil, then terus blah balik. tapi sayang, aku dengan farid kamil tu tak lama. mamat muka farid kamil tu tahu yang hati aku bukan untuk dia. sesiapa pun boleh tahu. 


selepas insiden tu, soalan yang sama aku ulang pada dia dan dia masih kekal dengan jawapan yang sama. aku sedih. dalam hati aku selalu terdetik,"tapi kenapa kau layan aku dengan sangat istimewa kalau aku kawan kau ha?"


next thing i know, aku couple dengan salah seorang geng aku. kelakar. sangat kelakar. tiga hari je dapat bertahan. hari pertama lagi aku dah tak boleh blah sebenarnya. sebab dia kawan, tiba-tiba aku nak treat dia sebagai kekasih. janggal.



kisah zaman sekolah dah tamat.



tamat sekolah, aku buat keputusan untuk duduk rehat di rumah dulu. dia masih setia wujud dalam hari-hari aku. ada masanya dia akan datang jenguk aku kat rumah. satu peristiwa yang membuatkan aku terharu. dia pernah buat dua kerja dalam satu masa. setiap pagi sebelum pergi kerja, dia akan datang rumah aku panggil aku. kau faham tak? SETIAP PAGI dia akan datang, sampai jiran aku tegur. "kila tak bangun pagi." malu aku sampai jiran aku tau yang aku tak bangun lagi pagi. aku tak pernah tahu yang dia selalu datang pagi sampai la jiran aku tu bagitahu. aku tanya dia kenapa datang walaupun tahu aku tak bangun lagi. "kila semangat untuk pergi kerja. tak dapat tengok kila, tengok rumah pun takpe." terharu weyh! terharu aku dengar jawapan macam tu. kenapa la kau ni bagi aku harapan macam tu.


aku selalu menangis bila setiap kali aku tanyakan soalan tu. mungkin dulu aku boleh sedapkan hati kata yang dia taknak ada kekasih waktu sekolah. sekarang ni bukan zaman sekolah dah. aku sedih bila dia masih kekal dengan jawapan yang sama.


hidup diteruskan. baru sekarang aku sedar kenapa mudah sangat aku bertukar ganti teman lelaki. kerana setiap kali dia bagi jawapan itu, aku akan cari teman lelaki baru. bila putus, aku akan tanya dia lagi soalan itu. bila jawapan yang sama dia bagi, aku akan cari teman lelaki baru.


pada satu tahap aku terlalu kecewa, aku gunakan alasan teman lelaki tak bagi aku contact dengan dia. jujur, aku dengan dia bila berhubung, pengakhirannya, mesti berkhir dengan tangisan. dia anggap aku istimewa dalam hidup dia tapi kenapa tak boleh bersama? orang akan kata aku tak setia menunggu dia. aku akui. aku kurang sabar dalam hal-hal menunggu manusia. tapi dia terlalu sabar sampai mengecewakan aku. paling sengal, dia boleh pesan dekat semua boyfriend aku, "tolong jaga kiki baik-baik ye."


aku tukar nombor telefon. aku taknak dia hubungi aku lagi. cukup dengan episod sedih aku. aku nak teruskan hidup. aku taknak dia dah. tetapi dia pasti akan ada cara untuk hubungi aku. pengakhirannya, aku tak dapat lari dari dia. dia akan sentiasa wujud dalam hidup aku. setiap hari jadi aku, dia akan sentiasa wujud tepat jam 12 malam depan pintu pagar rumah dengan motor yang sama. senyuman yang sama.


tahun 2008, tahun pengakhiran. aku tanya dia soalan yang sama sekali lagi. bezanya, kali ini aku tanya dia melalui ym. dia terdiam aku tanya lagi, sampai bila dia nak kecewakan aku. sampai bila aku perlu bertukar ganti teman lelaki semata kerana kecewa dengan dia. dan aku masih ingat janji aku dengan teman sekelas. "aku janji weyh, kalau aku couple je dengan iki, aku takkan ganggu kehidupan lelaki lain." itu janji aku yang aku buat atas dasar terlalu minatkan si dia waktu sekolah dulu. aku tak pernah buat janji sebegitu atas nama lelaki lain. kali ini, jawapan dia sangat mengejutkan aku. "kiki nak jadi girlfriend iki?" bodoh la kalau aku taknak. tiga tahun aku tunggu soalan tu.






**oke. takde la ringkas sangat. nantikan epilog oke.

5 comments:

Unknown said...

Untungnya Kiki!
3 tahun berbaloi..
Sweet sangat cerita
Congrats. Ay nak korang kawen satu hari nanti! InsyaAllah :)

kiki said...

amin. thx ayu sudi baca. :)

Unknown said...

for sure :)

Nell said...

No.1, ceh, baru perasan ada cerita ni! wah kak kila buat mcm trilogi cinta kat samarinda ea ada part-part ni! :D

No.2,jauh ke skola 24 dgn bus stand section 18? tak jauh punnn :P hehe
(i missed walking at that place!)

No.3, cehh siot jek kan nama ex-bf muka mcm farid kamil pun tak ingat, kehkehkeh~ (no wonder tak igt, setakat farid kamil. kalau
mcm korean gerenti igt kan) :D

No.4, yeah saya kenal dgn main character-nya, jdk mcm dlm imagine how the story goes :P

hehehe ;)

kiki said...

@Nell ni jawapan by number juga

No.1, hah. tau xpe. ingat nak buat panjang lagi. tapi ta larat nak selak diari sendiri.

No.2, berpeluh jugak ketiak weyh. selalu stop kat area kedai tu. beli air kelapa bagi sejukkan badan. lega~ eh. pakcik tu ada lagi x? ;3

No.3, hahaha. itu la pasal. farid kamil je pun. nyahaha~

No.4, u r one of the lucky person yg menjadi saksi masa zaman sekolah dulu. vip seat for u. ;)