January 12, 2011

permulaan yang malang bagi aku

hari pertama tahun 2011. aku mulakan tahun baru dengan kemarahan. sesuatu yang sangat tak sepatutnya berlaku. tahun baru sepatutnya aku kena gembira. tetapi, kerana bas yang macam sh*t tu, aku dilanda kemarahan yang melampau. gerak hati aku mengatakan, tahun ini, mesti banyak benda yang tak elok nak jadi.

kemudian, salah faham dengan kawan baik aku. selalu je aku terasa hati dengan dia. not a big problem. cuma bezanya, kali ini, dia yang terasa sendiri. i'm just gonna let him solve his own way.

semangat masih terus membara. azam untuk skor dekan sem ni semakin berapi.

sampai ke satu tahap. aku demam. not a big deal, aku cakap dalam hati. makan panadol, eloklah kejap lagi tu. makan panadol, tak sampai 30 minit, demam dah kebah. batuk pun tak teruk sangat. cuma tahap-tahap bunyi orang testing mic je.

demam campak? . . .

aku jadi blur. hilang terus terpadam azam aku. azam yang tinggal hanyalah azam nama kawan kelas aku je la.

nak aku cerita pasal demam campak ni? tak payah la. kau boleh google je. aku nak cerita pengalaman aku menghadapi demam campak a.k.a cacar a.k.a chicken pox.

bayangkan, badan mula naik bintik-bintik gatal yang tak boleh kepanasan apatah lagi berpeluh sebab nanti naik miang dan gatal-gatal. tapi kau demam yang dah sure badan kau panas. gatal, miang, itchy dan segala macam benda yang aku teringin nak sebut bagi membayangkan kegatalan tahap maksima yang aku terpaksa hadapi sampai meremang-remang bulu roma aku menahan gatal dicampur dengan pening kepala sebab demam dan menahan gatal. mana-mana bintik yang dah pecah [ada 3 yang dah terpecah. satu terkena tali bra. satu dekat hujung jari telunjuk. satu lagi, abah yang pecahkan.] memang pedih yang amat! kemudian dicampur dengan aku datang bulan. dan bintik yang tumbuh di bahagian yang tak sepatutnya. demm!

kebetulan hari pertama aku kena chicken pox ni, jiran aku kenduri. masak-memasak di bahagian belakang lorong rumah aku. asap dia masuk ikut tingkap. tau kan pantang bagi chicken pox adalah makanan bergoreng di masak di dapur? bau ayam goreng pergh!! sangat sedap sampai semakin banyak bintat naik. aku tak tahan. dah macam cacing kepanasan aku menahan gatal.

sampai satu tahap, aku sakit dada. sakit yang amat sampai aku tak boleh bangun. syukur telefon rumah dan handphone ada dekat dengan aku. terus call mama dan abah. aku tau aku gastrik. tapi, aku tak sihat. selera pun takde. tahan je la pedih dan kena bebel dengan doktor. usually, gastrik, aku akan sakit senak di bahagian tengah dada dan rasa macam baru lepas kena tumbuk. tapi gastrik aku kali ni dah naik satu level. hari tu, dia senak di bahagian pinggang. kali ni, dia sakit dekat dengan jantung. untuk yang dekat dengan jantung, aku dah kena dua kali. nak bernafas pun agak sukar since dia sakit yang amat. dan malam ni, sekarang ni, dia bergerak sikit ke kanan. agak lega sikit. tapi still takut. anything is possible.

back to main story, balik dari klinik, aku request nak masuk hospital atau mana tempat lain yang jauh dari rumah sebab aku jauh dari rumah je, takde la gatal sangat. balik je rumah, miang dia tak boleh blah. meremang bola roma sampai rasa nak tercabut je semua bulu roma aku. penyelesaian, aku dapat tidur dalam bilik berhawa dingin. cool~

syukur kenduri dah selesai. masalah gatal-gatal aku masih ada cuma dah berkurangan. segala apa yang aku buat jadi in slow motion. since aku taknak satu pun bintik ni pecah. jaga kulit weyh! tapi, tadi aku terjatuh katil. nasib baik takde satu pun yang pecah. fuh, lega. *urut dada*

petang tadi aku pergi klinik uitm. tunggu doktor sampai terlelap aku atas kerusi. nasib baik doktor tu manis. dan puji sepit rambut aku cantik. [bukan puji aku pun yang cantik.] dia kata dah tiga orang kena chicken pox kat dalam uitm ni. aku diam je.

bosan weyh duduk rumah!!

4 comments:

Anonymous said...

get well soon sis! =)

Unknown said...

Adoi jatuh katil tu kenapa pulak? Hati hati Kiki!! Get Well Soon!

Unknown said...

Oh lupe, kekalkan semangat tu. Bukan senang nak berjaya. Allah sedang menguji Kiki skrg samada kuat ke tak. Datang kelas nnti jgn down pulak. Teruskan niat utk score tau! Chaiyok!

kiki said...

@Journalist Nellhanan Mansor thank you dear! doakan cepat sihat ya! TT

@AyuCandy dugaan tahun ni agak mencabar emosional jugak la. huhu. thank you darl. sedang menguatkan semangat untuk hadir ke kelas.