aku benci segala jenis ayam terutama chicken pox! [ada kaitan tak chicken pox dengan chicken?] semalam, genap seminggu aku kena demam campak a.k.a chicken pox. seminggu juga aku tak ke kelas, tak keluar rumah, tak mandi, tak buat apa-apa, tak salin baju. oke euw! aku tau. aku takut nak mandi sebenarnya. aku takut nanti cacar ni pecah dan tinggalkan tanda dekat badan aku. nanti badan aku lubang-lubang. uhuk~
chicken pox aku ni sebenarnya dah bentan. tau bentan tu apa? aku pun tak pandai sangat nak terangkan. bentan ni terjadi bila aku dah langgar pantang. tapi bukan aku yang langgar pantang. tetapi keadaan yang memaksa.
good news, cacar di area kepala dan muka mula mengecut dan mengering. bad news, area badan masih lagi kekal di tahap yang lama. wah! lambatnya nak elok! i miss seeing people. i miss all the talking, walking, laughing, working, taking bus etc.
now, aku terpaksa hadapi batuk yang jenis sakit dada sampai tak boleh bernafas. susahnya nak tidur malam. badan aku yang dah sedia lemah sebab tak banyak makan, semakin lemah bila tidur selalu tak cukup. aku selalu terjaga malam. awal dulu kerana gatal. sekarang ni, kesukaran bernafas waktu tidur.
sebenarnya, hal pendaftaran aku, masih ada banyak lagi yang belum selesai. dengar cerita dari classmate pula, banyak assignment yang kena buat. ketua program dah berganti orang. sekarang ni, aku tak pasti aku nak buat apa. sakit mengganggu prestasi saya. *nangis nangis*
No comments:
Post a Comment