akhir-akhir ni, aku kurang berminat mahu aktif facebook. kurang berminat bukan bermakna aku tak buka langsung. cuma jadi silent user je. then, tadi aku terperasan seseuatu. bila someone tukar relationship status, dan siap attach facebook profile bf/gf dia, mesti kita akan gatal tangan nak buka profile facebokk pasangan orang tu. kenapa eh? sambil usha tengok profile pasangan orang tersebut, mesti dalam otak duk cakap. "oh, macam ni bf/gf dia. tak hensem/cantik la." "macam jahat je bf/gf dia." "ish. dah la minah/mamat ni cantik/hensem. tak sesuai la." padahal orang tu nak bercouple pun bukannya kena mintak persetujuan aku pun. haish~
another habit yang aku perasan, bila jiran dalam facebook baru balik bercuti dan update gambar. wah! terasa jelous je bila tengok gambar-gambar dia pergi bercuti dengan family/member/kekasih. kenapa tak ajak? eh. kau ni, sibuk je tau! orang tu nak pergi bercuti lantak dia la. yang kita ni duk sibuk-sibuk tengok gambar orang tu pun kenapa?
walaupun aku ni bukan la jenis manusia yang menyibuk tepi kain orang, tapi kadangkala tu, 'ter'menyibuk juga. cuma aku bukan macam sesetengah orang yang komen pedas-pedas kat gambar/profile orang. kesian aku tengok bila tuan tanah empunya profile tu, terkulat-kulat nak jawab soalan dan komen pedas yang menikam jiwa tu. paling tak boleh blah, tukang komen tu bukannya kenal tuan tanah tu pun!
lagi satu yang aku perasan. kalau profile, milik seorang perempuan yang cantik/comel/hot/menggoda dan status dia pula adalah single, mesti banyak gila komen kat profile, gambar dan apa sahaja aktiviti dia. kalau minah tu ada bf pun, selagi status dia adalah single, selagi tu dia akan dapat komen puji melambung setinggi everest. "comel la awak." "eh. awak kat mana ni? comel." "saya geram kat awak. gigit bontot sikit boleh?" oke. ayat yang last tu, memang nak kena penyepak la kalau ada yang buat.
**hari ni aku demam. lepas makan ubat, terus sihat. =.=" deymmm. ubat yang terlalu berkesan.
No comments:
Post a Comment