June 05, 2016

Newborn

3hb Jun 2016

Meow!

Kuning tiba-tiba menggelabah berpusing-pusing sekitar katil aku. Rupanya dia dah nak beranak. 3 jam dia menahan sakit dengan muka blur, air ketuban menitik di sekitar rumah dan mengharap belas kasihan aku untuk bantu dia melahirkan. Maaf, kuning. I don't even know how to help you, dear. 

Sambil menunggu, aku tertidur. Pukul 3 - 4 pagi terdengar bunyi anak kucing. Alhamdulillah, selama ni memang Kuning betul-betul bunting. Bukan sekadar kenyang. 

Empat ekor anak kucing dilahirkan. Semuanya comel-comel.


Hari ini

Berani sikit pegang anak kucing. Kuning pun macam tak kisah aku pegang anak-anak dia selepas hari kedua. Kebetulan sebab terpaksa alih anak-anak dia masuk ke sangkar. Takut Hitam makan.

Dapat periksa jantina dan tangkap gambar sikit.





Dua jantan dan dua betina (Okay. Dah tak ingat mana satu jantan dan betina)

Kalau ada yang teringin nak bela, bagi je la kot. Kalau tak ada yang nak, bela je. 

Daddy & Mommy

No comments: