March 19, 2016

Antara ego dan kasih sayang

Ini peringatan untuk diri sendiri.

Sanggupkah kamu melepaskan orang yang tersayang demi kemenangan kamu sendiri? Demi kepuasan kamu sendiri? Demi ego kamu itu?

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Kamu mahu atau tidak sahaja untuk selesaikan masalah berkenaan.

Sebagai seorang isteri, cuba bersabar. Jangan terus menuduh tanpa usul periksa. Jika ada bukti, jangan melenting tiba-tiba. Bila berbincang, jangan ditinggikan suara. Apabila nampak suami penat, tunggu dulu, senangkan hati dia dulu kemudian berbincang. 

Bukan sekali kamu nampak hancurnya rumah tangga kerana mempertahankan ego. Bukan sekali kamu nampak hancurnya anak-anak hanyut dalam dunia rekaan sendiri. Bukan sekali kamu nampak yang kemenangan itu sebenarnya suatu kekalahan.


Kau menang, tetapi hilang keluarga


Berbaloi ke?


Hanya sebut maaf dan akui kesalahan sendiri, susah sangat ke? Bukan mati pun kalau minta maaf. Bukan masuk neraka pun kalau minta maaf. Dapat pahala lagi ada kerana menjaga hubungan silaturahim.


Susah sangat ke?

No comments: