December 17, 2012

Saya suka Encik Hati saya

Dengan assignment selambak macam tahi beserta tekanan yang hadir kerana bau assignment yang sangat tengik itu membuatkan aku kurang berminat nak sentuh assignment. Tapi kalau aku tak bersihkan tahi assignment tu, sampai bila bila dia akan berbau dan aku akan kekal pening. Nak tak nak, aku kena buat dan siapkan juga.


Hujung minggu, biasanya hari di mana ramai yang memilih untuk tidur, tenangkan diri, bershopping atau beriadah bersama keluarga. Tetapi hujung minggu, di hujung semester, bagi pelajar adalah minggu neraka. Minggu terakhir untuk kau siapkan semua assignment yang diberi masa awal semester.

Termasuk aku


Selagi kerja aku tak siap, selagi tu kepala ni serabut. Padahal kalau kau pandang assignment aku ni dari sudut pandangan orang luar, nampak biasa je.

"Apa susah, lukis je la."
"Apa susah, tangkap je la gambar."
"Apa susah, taip je apa yang kau faham. Selama ni kau tak masuk kelas ke?"
"Apa susah, kau Google je."
"Apa susah, download je vector."

Memang tak susah pun assignment aku ni kannnnn.

Aku tertekan. Aku tak boleh nak hadap family aku. Aku tahu diorang ambil berat. Tapi, bila bersama family, aku selalu rasa sendiri. Buat aku jadi tertekan nak bersama mereka. Semua ada keluarga dan pasangan. Aku selalu jadi yang terakhir. Aku selalu jadi mangsa jaga anak anak diorang. Aku selalu yang kena suruh buat itu ini. Aku selalu pandang keliling dengan perasaan kosong. Tak ada siapa pun yang cuba nak faham perasaan aku. Aku pula yang kena faham perasaan diorang.

Dan aku sangat recommend bagi anak last, yang masih single, untuk duduk dirumah sewa. Jangan duduk rumah family. Never ever. 

Aku lebih tenang bila bersama Encik Hati.

Bila aku mengadu aku tertekan dengan assignment, laju je dia tanya, "kila nak abang tolong apa?" Dia selalu end up jadi driver aku, tukang bawa kamera, tukang angkut barang gi rumah sewa atau balik rumah parents, tukang beli barang bila dah lewat malam sangat, kadang kadang jadi pemberi idea dan selalunya jadi pemangkin semangat aku untuk buat assignment.

Bukan nak kata parents dah tak jadi pemangkin semangat. Tapi akan sampai satu tahap, kau mula fikirkan masa depan. Dan kau mula bersemangat buat sesuatu demi masa depan, demi seseorang yang kau nampak ada masa depan bersama. Dan demi anak anak yang bakal ada dalam hidup kau di masa hadapan.

Dan aku nampak masa depan aku bersama dia.


Teman dia potong rambut sekejap pun dah buat aku happy balik.

Walaupun hari jumaat lepas aku menangis sebab terlalu tertekan dengan assignment. Bila ingat balik, aku still rasa sayu. Sebab situasi dia macam aku ni peminta sedekah. Aku tak pernah berada dalam situasi terlalu penat, terlalu tertekan, terlalu sakit, terlalu lapar, terlalu takut dalam masa yang serentak. Aku rasa macam budak kecik yang didodoikan.



Dan tadi, dia datang. Bersama kek invisible dan lilin dari lighter. Aku tak minta banyak. Kek invisible dan lilin dari lighter tu pun dah cukup buat aku happy, ada orang ingat dan sanggup datang dari jauh nak buat aku gembira kat sini.

Dan mungkin juga kerana dia yang datang.



Jiwa gua berbunga bunga nampak lu dengan senyuman di bibir.

2 comments:

namivamp said...

sweetnya. :) bertabah ya. sikit je lagi. nak remind jugak sbb takmau kiki rasa benda sama next semester. make sure cuti ni, kiki cari isu untuk major dan client yang bagus takmau client jual kerepek atau daun saderi, if anything tak tahu, next semester contact2 kami dak2 spaghetti, mungkin kami boleh guide..insyallah~ kuat ye kiki hugs! i know that feelin' ive been there,

Kiki said...

thank yooouuu nami. I will do reach out my dear spaghetti. wuuu~