December 29, 2012

Losing a friend

End of 2012.
Have you ever imagine that you could lose a friend?
A friend that you just met.
A friend that you imagine to be close to you in near 2-3 years from now.

25th december 2012.
*ping*
"kila tahu cerita tak?" (02:03 PM)
huh? Tau apa ni? *tet tet tet* laju aku reply whatsapp.
Tiba-tiba terima call.
"Kila tahu tak fikri mana?"
Ah sudah. Kenapa ni?
"Sepupu fikri meninggal"
Inalillah.

Serentak pada masa yang sama, aku terima whatsapp.
*ping*
"Ada orang meninggal" (02:05 PM)
"Akak tak tahu"
"Diorang cakap ayen meninggal"
"Akak harap sangat semua tuh tak betul"

*diam*

Darah aku berderau.
Aku masih tengah mengumpulkan maklumat dalam kepala.
Eh? Betul ke?

Ini ayen yang aku jumpa dekat seksyen 25 dulu ke?
Ayen yang sama aku jumpa dekat KL?
Ayen yang sama-sama daki bukit broga dan mandi sungai?

Sekejap.
Bagi aku betul betul proses dulu maklumat ni.
Untuk sedapkan hati, aku pusing ayat whatsapp tu.
Dia cakap mungkin semua tu tak betul.

Aku harap tak betul.
Tak mungkin.
Ada banyak aktiviti lagi yang aku nak buat dengan arwah.
Aku pun belum sempat lagi kahwin dengan iki.
Dia kena datang.
Dia wajib datang.
Dia sepupu rapat iki.
Dia orang penting dalam hidup iki.
Bermakna dia juga orang penting dalam hidup aku.

*ping*
"Memang betul ayen meninggal" (02:26 PM)

Allahuakbar.

Terkeluar air mata.
Bayangan arwah dalam kepala berpusing macam video rosak.
Aku kenal arwah sekejap je.
Memang tak puas.
Takkan puas kenal arwah.
Sebab dia baik.
Memang takkan berhenti ketawa kalau dia ada.
Dah la suara dia sebijik macam pakcik aku.
Perangai suka buat lawak pun sama.
Cuma rupa je berbeza.

Aku dalam kereta baru balik celebrate anniversary mama dan babah.
Aku dalam kereta angah dengan riuh suara anak buah aku.
Senyap. Kosong.

Sepanjang perjalanan aku tak berhenti call iki.
Aku call semua kawan kawan dia.
Minta tolong carikan dia.

Akhirnya dapat juga cari.
Susahnya nak kejutkan mamat sekor ni.
Segera aku suruh dia datang ambik.
Aku tahu aku bukannya siapa siapa dalam keluarga iki lagi
Tapi aku datang sebagai kawan arwah.
Ini adalah penghormatan akhir aku buat dia.
Ini sahaja yang aku mampu buat.


Sedekahkan Al-fatihah buat arwah.
Semoga roh Allahyarham bersemadi dengan aman.
Semoga segalanya dipermudahkan buat beliau.
Amin.

No comments: