December 13, 2012

Anything for the crown

It's been a hell of a week. Anyone yang follow aku kat twitter mungkin akan nampak aku upload gambar bilik-sarang-tikus aku yang hanya valid for 2 minutes je. Terima kasih ayucandy, kerana berjaya memujuk aku upload gambar bilik-sarang-tikus berkenaan di twitter T~T Rupanya ada ramai yang perasan gambar tu. Walaupun 2 minit je. (Tiga orang tu ramai ke? Bwahahaha!!)

Semester 5, funny eh, sekejap je dah semester 5. Rasa macam baru je semalam start kelas drawing dan lukis guna kaki. Semester 5 ni tak sama macam tingkatan 4 masa sekolah menengah. Tingkatan 4 orang selalu panggil honeymoon year (eh? cikgu yang bagi gelaran ni. Kita guna pakai je.) dan semester 5 ni sumpah jauh gila dari honeymoon semester. Punggung kematu duduk depan komputer, tangan crammed duk pegang drawing pen dan graphic marker, pinggang sakit sebab buat kerja sambil baring pula. Semua serba tak kena. Ini semua adalah simptom-simptom tahun akhir pembelajaran diperingkat universiti. (Adik-adik sila take note)

Tipu kalau aku tak pernah terfikir nak give up dan berhenti belajar. HARI HARI AKU PIKIR HOI! 

But hey, this is life. Kalau life kau senang je memanjang, mesti satu hari nanti akan susah juga. So, biarlah susah sekarang. Walaupun aku tak tau adakah aku akan happy kemudian kalau seksaan sebegini aku harus lalui lagi masa kerja. Eh? Tapi kerja dapat duit. Kan? KAN??

Aku nak duit.

Aku nak kahwin.

Eh? Tersasul pula. Pftt~


Jom tidur. Selagi boleh tidur, kita tidur. Esok lusa, belum tentu lagi kau dapat tidur.



Nah gambar anak buah aku. Simpan buat kenangan. Bila dia dah besar nanti, boleh la masuk meminang dia.


2 comments:

Unknown said...

Hehehehe kalau nak publish gambar bilik tu kat gulagulaberacun boleh? ^^

Kiki said...

TAK BOLEH!!!! JANGAN AYU!! JANGAN!!!!