Tanpa sedar aku dah kehilangan diri sendiri dalam kesibukan mengejar hidup. Duduk dalam rumah keluarga membuatkan kau lebih fokus mengejar apa yang keluarga kau suka berbanding mengejar benda yang kau suka buat.
Sebab tu ramai yang sukakan kenangan masa kecik. Tak ada tekanan. Tak ada masalah. Kita boleh buat apa sahaja yang kita suka Lompat katil, berlari, cakap mengarut ngarut dalam bahasa yang kurang difahami.
Cuba kalau kau buat apa yang kau suka buat maca kecik, people akan pandang serong. Sama ada kau gila, bawah pengaruh dadah / alkohol atau ada urat putus.
Cuba memenuhi permintaan keluarga, pandangan masyarakat dan memenuhi kehendak diri sendiri adakalanya meletihkan. Lebih lebih lagi bila kau dah dewasa dan masih duduk di dalam rumah keluarga.
Mungkin tak banyak yang berubah. Dan mungkin aku hanya lakukan perkara itu sekali seumur hidup. Tapi kejadian tu membuatkan aku sedar, aku dah kehilangan diri sendiri.
Lately aku banyak mengalami tekanan perasaan. Sebab tu aku selalu marah marah, banyak tidur dan malas. Aku tak tahu bergembira di tengah tengah kegembiraan orang lain.
Aku sepatutnya late it go. Aku tak patut memberi tekanan pada diri sendiri.
Jatuh tak bermakna kau takkan bangun. Gagal tak bermakna kau takkan berjaya.
Just be yourself kiki. Jangan takut mencuba.
2 comments:
Apakah yang anda lakukan sehingga menyepi diri sekian lama? Miss you :)
Miss u too. Assignments babe. Like usual T~T
Post a Comment