I always dreamed of being a doctor. Any kind of doctor. Dapat tolong orang sakit, berjumpa dengan ramai orang, mendengar masalah orang. Tapi, keputusan SPM membuatkan aku terpaksa melepaskan cita-cita aku tu pergi. For a while aku tak tahu apa yang aku nak. Aku sambung belajar dalam jurusan yang aku tak pasti apa.
Mungkin kerana aku terlalu fokus untuk menggapai impian menjadi doktor yang tersohor, aku tak perasan yang selama ni aku suka baca buku komik, menonton kartun, bermain komputer. So, aku cuba apply untuk sambung pelajaran dalam jurusan grafik. Just give it a go, right? If aku tak boleh nak bawa, just stop and terus kahwin.
Now, it's been a year and a half since aku sambung belajar dalam jurusan grafik. Dan aku masih cintakan jurusan ini. Aku cintakan segalanya yang aku buat. Aku sukakan suasana yang aku lalui. Memang kadang kadang tu susah juga sebab aku bukan dari jurusan seni atau lukisan masa sekolah dan diploma. Kena usaha lebih sikit.
Bila kau dah pernah jatuh, baru kau tau dan kenal perkataan 'usaha'.
No comments:
Post a Comment