some bullshit. don't read it.
Semua orang ada kawan. Semua orang sayang kawan dia. Sama macam aku. Cuma aku ni penakut. Aku takut aku tak mampu capai tahap kehendak seorang kawan.
To be honest, aku bukan seorang kawan yang baik kerana aku seorang anak yang baik.
What if my friend ajak keluar, tapi parents tak bagi? Who should i listen?
What if aku teringin nak ada sleepover party tapi parents aku tak bagi?
What if kawan aku nak pinjam barang aku, aku nak bagi, tapi parents tak bagi sebab barang tu mahal? Plus, dah la beli guna duit parents?
What if kawan dalam kesusahan, di tengah malam, telefon kau minta bantuan dan kau tak mampu nak bantu sebab parents kau tak bagi kau keluar malam?
Parents aku sangat konservatif dan sangat kuat sifat kekeluargaan. Bagi diorang, why bother people outside when you have family?
Sifat tu sebenarnya dah tertanam dalam diri aku. So, walau macam mana aku susah, aku hanya akan cari parents aku. Cuma pada waktu yang tertentu dan darurat sahaja aku akan minta bantuan kawan.
Jadi, aku sangat jarang hangout dengan kawan kawan sebab aku lebih suka hidup dengan family aku. Paling aku benci bila hangout dengan kawan, kau akan stuck dengan banyak benda, lepas tu kalau kau taknak, main perli perli buat sakit hati. Kau nak marah tak boleh, sebab memang adat budaya melayu ni main-perli-perli-makan-dalam. Tak semua orang macam ni. Cuma, ini antara benda yang aku takut. Dan aku pernah rasakan. Dan aku sangat sensitif bila melibatkan hal keluarga. Kalau aku cakap, parents aku dah call suruh balik, apsal mata kau macam tunjuk isyarat yang kurang menyenangkan? Aku tetap anak parents aku sampai bila bila. Gelaran anak derhaka tu tak kira usia oke. Walaupun usia aku dah cecah 20an.
Another thing, nak keluar rumah semua pakai duit la! Takkan aku nak lepak minum air kosong je weyh? Nanti Juan Hadri tweet pasal awek UiTM lepak kedai makan minum air kosong. Walaweh!! Taknak aku tetiba popular kat Twitter semata sebab air kosong. Aku student, aku tak mampu nak duduk lepak hangout bagai. Bil internet pun aku terpaksa korek tabung dan kumpul duit syiling yang aku jumpa tepi tepi jalan.
Lagi satu kes, adat meminjam, itu satu benda yang paling aku takutkan. Kerana meminjam, kau boleh hilang kawan. Selalunya orang akan pinjam duit. Duit ni kadang kadang satu benda yang sensitif. Aku bukan jenis kedekut. Bila aku senang, aku akan cuba bantu. Dan satu masalah aku, aku takkan minta balik duit yang aku pinjamkan. Pertama, sebab fikirkan kawan. Kedua, sebab aku sangat malu nak minta. Ketiga, kerana wujudnya frasa 'Halal'. Kalau orang yang pinjam duit kau datang masa hari raya, lepas tu minta 'halal'kan semua hutang piutang, kau tak boleh tuntut balik duit kau. Betul tak? Lepas tu bila turn aku pula susah perlukan bantuan kewangan, aku sangat sangat sangat malu nak pinjam duit orang sebab aku tau apa perasaannya bila orang pinjam duit kau. Cuma bila terdesak sangat sahaja, itupun dengan orang terdekat dan cecepat ganti balik sebab aku takut lupa nak bayar. Bila lupa, orang yang pinjamkan aku duit tu, mesti malu nak minta duit tu balik. Kan?
There are some friends yang aku avoid. Buat orang sakit hati dengan aku hanya menambahkan dosa aku. Secara diam kau maki aku dalam hati, kan tak baik buat macam tu? Dan if one day, kau rasa kau nak tegur aku, tegur je la. Jujur aku katakan, aku memang takkan tegur korang. Aku sangat sangat takut kau jeling aku, maki aku, atau buat tak kenal. Mungkin kerana ego aku masih ada. Tapi kalau kau yang tegur aku dulu, aku tahu yang aku memang takkan jeling kau, maki kau dan buat buat tak kenal dengan kau. Atau mungkin sesetengah orang yang aku betul betul lupa je aku akan tanya nama.
Sini tempat aku meluah perasaan. Sebab aku memang takkan luahkan secara berdepan. Aku penakut. Aku bukan dilahirkan dengan sifat berani cakap terus terang. Kalau aku cakap terus terang pun, aku akan cakap secara halus.
Dan kepada manusia yang cakap aku takde perasaan, kau silap.
Last sekali, aku sangat kurang senang dengan kawan yang jenis ambik kesempatan. Memang aku tak minta balasan. But at least know your limit. Aku taknak aku jadi tak selesa nak berkawan dengan kau.
Dan terima kasih kepada yang sudi terima aku sebagai kawan dan terima kasih kepada sesetengah kawan yang walau macam mana jujur aku cakap pun, diorang sangat super oke. Korang buat aku bertambah sayang.
Oh, for any relationship, trust and honesty memang sangat penting. I learn from mistake.
Last sekali, aku sangat kurang senang dengan kawan yang jenis ambik kesempatan. Memang aku tak minta balasan. But at least know your limit. Aku taknak aku jadi tak selesa nak berkawan dengan kau.
Dan terima kasih kepada yang sudi terima aku sebagai kawan dan terima kasih kepada sesetengah kawan yang walau macam mana jujur aku cakap pun, diorang sangat super oke. Korang buat aku bertambah sayang.
Oh, for any relationship, trust and honesty memang sangat penting. I learn from mistake.
5 comments:
sapa juan hadri tu kila??
Senior masa sekolah.
jahatnya dia...
ikwan hadri..
*hahahahahaha
halamak ai! Anonymous ni ikwan hadri atau kawan dia? >~<
iye saya ikwan hadri..hehe
Post a Comment