November 09, 2011

Kawan rapat

Macam mana nak tahu samada kawan anda itu adalah kawan rapat atau hanya kawan?

Anda boleh buat test ni.

# Pergi rumah kawan anda, buka pintu dan terus masuk sampai ke dapur.
** Ini masih belum dikira kawan rapat sebab semua orang boleh buat macam tu.

# Bila masuk dapur dan dengan selamber buka peti ais.
** Ini juga masih belum dikira kawan rapat.

# Masuk rumah kawan, pergi dapur, buka peti ais dan dengan selamber minum air paling mahal yang ada dalam peti ais.
** INI MEMANG KAWAN RAPAT
*** Tapi, tak consider kawan rapat kalau anda minta izin sebelum minum
**** Kalau tiba tiba kawan anda tu marah anda minum air tanpa izin, dia tak consider anda kawan rapat dia.


Kalau nak lebih faham, boleh tengok situasi ni.

Lelaki :
Anda tengah kencing di urinal. Kawan anda masuk tandas untuk kencing juga.
a) Anda kencing seperti biasa
b) Anda merapatkan diri pada urinal kerana tak mahu kawan anda tu nampak apa yang tak sepatutnya.

 Jawapannya :
Jika anda memilih a, Tahniah! Kawan anda merupakan kawan rapat anda!
Jika anda memilih b, anda tak consider dia kawan rapat kerana anda tak mahu dia nampak 'barang' anda.

Perempuan :
Anda masuk ke tandas dengan kawan anda. Tandas bersebelahan.
a) Anda kencing seperti biasa.
b) Anda flush air atau pasang air kuat kuat dengan harapan kawan anda di sebelah tak dengar sebarang bunyi dari anda.

Jawapannya :
Jika anda memilih a, Tahniah! Kawan anda merupakan kawan rapat anda!
Jika anda memilih b, anda tak consider dia kawan rapat anda kerana anda masih segan pada kawan anda tu dengar bunyi air kencing anda.





source : Korean Gag Concert

No comments: