November 08, 2011

Putera Raja

Drama Korea Princess Hours memang dah lama tayang dekat Malaysia. Tapi aku baru dapat tengok baru baru ni. Rupanya cerita dia best SANGAT! Oke. Takde la best sangat. Tapi cukup untuk buat aku berangan nak kahwin dengan anak raja.

Berbanding dengan Korea Selatan, Malaysia memang ada sistem beraja tapi kenapa aku tak berapa nak nampak atau kenal kehidupan Sultan dan Raja-raja dalam Malaysia? (Sultan untuk Yang di-Pertuan Agong, dan Raja untuk Raja-raja di setiap negeri. Sila betulkan kalau salah.)

Bila Nabil Rajalawak dulu pernah kena tegur sebab kurang adab depan Sultan, aku tak salahkan dia. Sistem dalam Malaysia sendiri yang tak mengajar kami, generasi baru, mengenai adab sopan, tatasusila dan protokol bila menghadap Sultan.

Aku sendiri tak tahu ayat sebenar bila menghadap Sultan. "Ampun Tuanku, beribu ribu ampun, sembah patik harap diampun." Mungkin ayat yang aku baru sebut itu betul. Tapi aku rasa itu ayat yang aku ambil dari cerita cerita lama zaman klasik, cerita cerita P.Ramlee. Masih guna lagi ke ayat tu?

Masa aku kecik, fahaman aku adalah, Perdana Menteri adalah lebih hebat dari Sultan atau Raja. Kenapa? Sebab aku selalu nampak Perdana Menteri berbanding Sultan dan Raja.

Putera dan Puteri di Malaysia ni pun aku tak cukup kenal. Tak cukup kenal untuk aku sanjung atau menanam minat. Kadang kadang aku sangat ingin nak kenal mereka. Bukan sebagai kawan. At least kalau jumpa dekat luar, aku tahu nak hormat dan tak cakap sebarangan.

Pernah sekali je aku jumpa secara berdepan dengan putera raja, itupun dia tak bercakap dalam bahasa melayu. Kacak memang kacak. Aku tahu pun sebab dia dikelilingi bodyguard berpakaian biasa. Tapi aku tak tahu dia putera raja untuk negeri mana. Atau mungkin anak Yang di-Pertuan Agong sekarang? Tapi tak mungkin, sebab putera itu berusia lingkungan 20an. Dan putera raja tu pun berjalan dengan seorang perempuan berbangsa bukan melayu. *kecewa*

Berita jarang tayang apa aktiviti Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja. Tak payah la tayang setiap saat apa yang mereka buat. Just at least tayang benda baik yang mereka buat, melawat rumah anak yatim, mencemar duli pergi tengok wayang ke. hehe. Tak kisah la. At least we know apa yang Sultan dan Raja-raja suka buat.

Yang selalu tayang kat tv muka muka ahli politik hidung kembang kembang konon tengah bantu rakyat. Nak dapatkan populariti dan pancing undi  =_____=

At least, bila orang asing datang, kita boleh explain betapa rakyat sayangkan Sultan dan Raja-raja di Malaysia. Tak kenal maka tak cinta kan? Tapi kalau orang asing datang dan tanya pasal Sultan dan Raja-raja, aku terkebil kebil nak jawab. 

Putera raja yang aku betul betul kenal adalah Prince William dan Prince Henry. Bukan tempatan. Sedih kan?

Sistem pendidikan pun tak ada mata pelajaran mengenai adab sopan, tatasusila dan protokol rasmi istana serta sejarah, pendidikan dan kehidupan Sultan dan Raja-raja. Yang ada hanya sejarah tentang Kesultanan Melayu Melaka yang dah tak wujud pun sekarang ni. Dan asas yang memang betul betul asas mengenai sistem beraja. Itupun macam nak cukupkan syarat je. Tak tekankan pun pada student. Aku pun tak ingat aku pernah belajar ke tak :P

Oh, tolong jangan cakap mata pelajaran mengenai sistem beraja ni berkaitan dengan politik! Jangan campur adukkan politik dengan sistem beraja, you dumbass politician! Aku tahu politik tak boleh masuk dalam sekolah. Tapi belajar mengenai sistem beraja tak ada kaitan langsung dengan politik. At least rakyat boleh mendapat semangat dan inspirasi dari Sultan dan Raja-raja.

Bertuah la bagi ahli politik yang terima anugerah dari Sultan dan Raja-raja. Bertuah sebab dapat masuk istana, belajar protokol, menghadap Sultan dan Raja-raja. What happen to us, rakyat biasa? Takkan kena tunggu dapat gelaran Datuk baru dapat jumpa Sultan dan Raja-raja? Takkan kena tunggu Sultan atau Raja-raja mangkat baru dapat tengok dekat tv macam mana situasi dalam istana?

Tv pun tak membantu. Padahal tv1 dan tv2 adalah hakmilik kerajaan. Bukannya swasta dan bergantung sepenuhnya pada bayaran iklan. Kau dapat gaji tetap kot! Bayar artis masuk tv kau mampu, siarkan mengenai Sultan dan Raja-raja kau tak nak! Puii!

Dulu masa aku sekolah rendah, aku selalu nampak gambar Sultan dan  tergantung dekat dinding atas papan hitam. Bila pandang papan hitam, mesti nampak gambar Sultan. Beberapa tahun lepas tu, gambar Perdana Menteri dan isteri digantung sebaris dengan gambar Sultan. Bukan sepatutnya kena gantung rendah sedikit dari gambar Sultan ke? Lama kelamaan, gambar Sultan dan isteri hilang, yang tinggal gambar Perdana Menteri dan isteri je. Sekarang ni, dah tak ada langsung gambar yang tergantung kat dinding. Yang ada hanya peribahasa, kurik itu kendi merah itu saga, ... (tak ingat da sambungan dia)

Kesimpulannya, sesuatu harus dilakukan bagi menyelamatkan sistem beraja di Malaysia. Tanamkan sifat sayang dalam hati rakyat Malaysia pada Sultan. Someone should do this. Someone well-known, someone yang bukan nobody seperti aku. Aku hanya seorang rakyat biasa.

Daulat, Tuanku!



**Terima kasih Wikipedia sebab ajar saya mengenai sistem beraja. Terima kasih website bukan tempatan sebab kenalkan saya tentang Sultan saya sendiri T_____T
**Terima kasih mama sebab rajin menjawab segala soalan tentang sistem beraja kita. Kalau mama takde, memang aku tak tau nak jawab apa kat anak anak aku pula esok. Mesti situasi dia macam ni, "Ma, siapa Sultan kita ye?" "Tak tau. Cuba Google. Nanti bagitau mama."


Jom tengok Istana Negara yang baru kat sini.

No comments: