September 15, 2011

jangan simpan dendam

siapa tengok cerita kasih alia hari ini? kalau anda di tempat kasih alia tu, adakah anda akan maafkan ibu tiri anda atas perbuatan dia? lebih lebih lagi bila hubungan anda dengan dia hanya melalui ikatan dari bapa anda yang sudah meninggal dunia. adakah anda akan teruskan hubungan itu?

ini persoalan yang terbit dalam kepala aku. mungkin ada kaitan dalam hidup aku dan mungkin tidak. cuma kita tak tahu bila pula waktu kita untuk diduga. kan?

bagi aku, kisah hidup kasih alia tu [aku cuba anggap cerita ini secara realiti] adalah dugaan buat dia dan adik dia, qabil. manusia suka nampak benda yang depan mata sahaja, tapi mereka suka tak tengok apa yang ada disebalik perkara yang terjadi.

dalam kes kasih alia dan qabil, dugaan mereka memang hebat bagi seorang anak kecil. tapi balasannya, mereka memiliki keluarga angkat yang sangat penyayang dan berharta. kalau kasih alia dan qabil masih tinggal dalam keluarga tiri itu, entah apa lagi yang mungkin berlaku. kita tak tahu.

jangan simpan dendam, dendam tu akan memakan diri. aku ambil ayat dari kasih alia, "saya rasa lega bila dah maafkan mama anis. terasa macam satu beban dah hilang." memaafkan manusia lain tak membuatkan kita nampak buruk, memaafkan manusia lain itu adalah satu tindakan yang mulia.

bila kita berdendam, tanpa sedar kita akan buat sesuatu yang menyakitkan hati manusia lain. kalau kita berdosa dengan tuhan, kita masih mampu untuk bertaubat dan menginsafi diri. tapi kalau kita berdosa dengan manusia, kita kena minta ampun dan maaf dari mereka. di hari ahirat nanti, kamu rasa kamu dapat cari manusia yang kamu buat silap tu dicelah jutaan manusia lain?

mama selalu pesan dekat aku
biar orang buat kita, jangan kita buat orang

adalah normal bagi manusia untuk berbuat silap. siapa yang tak buat silap?
terpulang pada kita untuk memaafkan dia


2 comments:

Hadiran Nibum said...

harini tak tengok kasih alia... huhu :-(

Asfa said...

Simpan perasaan takpa ye dok?