September 13, 2011

belajar berenang

aku antara manusia yang tak pandai berenang. mandi kolam, sungai atau laut jenis celup celup badan je. berenang? setakat gedik gedik goyang kaki je.

sepatutnya aku deal dengan yna ambik kelas renang sama sama. tapi masa sem 1 dan sem 2 aku macam tak dapat nak control environment baru aku [baru masuk belajar]. tiba tiba pula aku join masuk sekretariat untuk fakulti. serabut sekejap jadual hidup.

bila sem ni aku nak amik, yna pula yang dah mula sibuk. tak apa. aku faham sebab course dia tak sama macam aku. belanja pun lagi tinggi.

siang tadi dapat juga aku cari kolam renang uitm. 23 tahun duduk shah alam, baru sekarang aku tahu kolam renangnya kat mana T_____T

dan hari ni juga aku pertama kali bawa motor di jalan besar. heh! takde la seram sangat. mungkin sebab aku dah biasa bawa motor secara haram kat kawasan rumah aku agaknya. cuma kepala je berat dengan helmet. dulu dulu tak pakai helmet. hehe.

bila dah bawa motor, aku pun segera cari kolam renang uitm. sebelum ni aku bukan tak nak pergi naik public transport atau drive, selalunya ada je halangan. halangan paling besar bila aku dah balik rumah. nak keluar rumah balik tu rasa macam berat je kaki ni nak melangkah keluar.

staff situ kata, mungkin hujung minggu ni dah boleh mula kelas. tak sabaq ceq.

kalau nak tahu lebih lanjut pasal kolam renang uitm, boleh la pergi dekat website kolam renang uitm. selain student dan staff uitm, orang luar pun boleh guna kolam renang situ. cuma dia ada jadual khas untuk lelaki dan perempuan.

aku ni takde swimsuit. last last aku buka website islamic swimsuit yang kebetulan ada link dia kat website kolam renang uitm tu. boleh tahan la harga. tak kisah la. asalkan aku dapat belajar berenang.





**esok ada majlis berbuka puasa dengan vice chancellor dekat padang suka uitm. jom la join. boleh jumpa kiki dekat sana ;)

4 comments:

Asfa said...

You ada geng, yeah!

Kiki said...

hahahaha. tak pandai berenang juga lettewww. jom ambik swim class.

fairus said...

nak belajar, terus pergi tempat paling dalam. nanti cepat belajar...

Kiki said...

hamboih! pergi tempat paling dalam eh?