apa yang kamu akan buat?
andai satu hari ada seseorang bertanya
mengenai saudara mara kamu
yang kamu kenali
apa yang kamu akan buat?
andai saudara kamu itu
mencuri sesuatu
dan yang bertanya itu adalah mangsa
itu yang berlaku pada aku
ini snapshot dari facebook mangsa
aku serba salah sebenarnya
sama ada untuk melindungi saudara aku
atau mangsa
aku sama sekali tak boleh menghukum saudara aku
sebab aku bukan mangsa
dan tidak berada di tempat kejadian
tapi sama sekali aku tak boleh melindungi saudara aku itu
sebab jika benar dia tak buat
kenapa dia melarikan diri?
kenapa dia tiba tiba senyap?
kenapa dia langsung tak pertahankan diri dia yang tak bersalah?
mula mula aku tak nak endahkan mangsa
sebab aku tak kenal dia
dan dia tak bicara secara jujur dengan aku
dia cuma tanya mengenai saudara aku itu
aku pun sebenarnya memang tak tahu pun
mana pergi saudara aku tu
sebab aku pun bukannya jenis ambil tahu hal orang
tiba tiba mangsa jujur
dan ceritakan perihal kejadian
aku diam
aku fikir
patut atau tak patut aku bantu dia
bila aku buka facebook profile dia
aku terdiam
sebab mangsa adalah wanita
sama usia dengan aku
sama saiz badan dengan aku
dan dari cara dia
dia wanita yang happy go lucky
yang juga seperti aku
tiba tiba aku terfikir
jika aku adalah mangsa
apa yang aku akan buat
sebab barang yang hilang adalah barang yang berharga
for sure kalau barang itu milik aku
aku akan menangis
dan hilang punca
nilainya bukan seringgit dua
tapi ribu
aku buat keputusan untuk bantu dia
mengikut kemampuan aku
cuma aku berpesan
kalau boleh
jangan libatkan polis
dan mangsa setuju
sebab mangsa hanya mahukan barang
jika aku adalah mangsa
aku juga hanya mahukan barang
ini kisah lama
kisah suatu ketika dahulu
tetapi tiba tiba sahaja aku teringat
tentang kes ini
aku pun tak pasti
sama ada mangsa berjaya kesan si dia atau tidak
sebab kali terakhir aku dengar
mangsa berjaya cari rumah si dia
dan bagi aku
case closed
aku minta maaf kepada saudara aku tu
sebab aku membantu mangsa
jangan kerana hal ini
engkau dan aku tak bertegur
tapi kau juga harus tahu
aku juga malu
kerana ketika mangsa menghubungi aku
secara automatik,
mangsa meletakkan aku aku sebagai
'saudara si pencuri'
aku tak menghukum kau
apatah lagi membenci kau
tapi jika benar kau yang lakukan itu,
tolong jangan buat lagi
sebab aku takkan lindungi engkau
tapi jika benar bukan engkau yang lakukan itu,
jumpa mangsa dan ceritakan hal sebenar
tapi aku faham
siapa yang tak pernah mencuri?
semua orang pernah mencuri
dalam kes aku
aku mencuri hati dan masa
*sengih*
![]() |
comel oke! |
jangan jadi punca
kepada kehancuran hidup orang lain
kau takkan selamanya selamat di bumi Allah ini
3 comments:
wohh!
memang complicated =.=
if I were u maybe diam je kot demi menjaga kepentingan diri sendiri dan hubungan dgn saudara. tapi kalau kita berdiam je, cuba satu hari benda ni kena sejibik kat muka kita. pun kita harap orang tolong kan. phew! Karma!
ala sesama saudara, janganlah berkira, hm.
hahaha. nway, that girl tu pun sedara juga. sedara seagama. which is much better.
lagipun, nasib baik im not someone yang ambil tahu. so, tak banyak tahu pun pasal that person. tolong ala kadar je la.
Post a Comment