August 11, 2011

aku pernah ada hamster

aku tak pasti kenapa aku tiba tiba emosional. mungkin sebab tadi aku terpandang gambar lama hamster aku. dan tiba tiba aku teringat memori lama aku. dengan hamster tu.

masa aku mula mula ada blog ni pun, aku pernah cerita pasal lili n lulu. kematian pertama yang benar benar buat aku sentap. kematian pertama yang buat aku menangis lama.

lama sebenarnya aku nak terima yang mereka dah pergi. sampai aku tak bagi pun sesiapa sentuh cage tu. aku biarkan cage tu dan aku berlagak seolah lili n lulu ada lagi dalam tu. aku tak bersihkan langsung. aku tak berani pun nak sentuh sebab ia akan mengingatkan aku yang lili n lulu tak ada.

kemudian wujud jojo, brownie dan epot. nama yang diberi oleh anak sedara aku. aku masih ingat yang jojo dan brownie adalah betina dan epot adalah jantan. aku lebih sayangkan brownie. mungkin sebab jojo selalu larikan diri dari sangkar sampai luka luka kaki dan suka gigit aku. brownie pula tak pernah gigit aku dan aku boleh rasakan kelembutan dia setiap kali aku pegang dia walaupun semasa dia pregnant. tapi sayang, dia mati beberapa minggu lepas dia selamat beranak.

aku masih ingat kedudukan dia, aku masih ingat darah dia, aku masih ingat tangisan aku bila aku nampak brownie terjelepuk luar sangkar bersama darah disekeliling seperti satu kejadian bunuh yang kau nampak dalam tv. aku masih ingat bagaimana serabutnya aku ketika itu. sampai sekarang aku tak tahu binatang apa yang bunuh brownie dan makan anak anak dia.

dan aku masih ingat snowy, satu satunya anak brownie yang selamat. anak hamster yang putih, kecik, comel, dan masih belum buka mata. dan aku masih ingat kesilapan aku meletakkan snowy dalam sangkar hamster dewasa berakhir dengan gigitan di kepala oleh jojo yang aku tak tahu ketika itu dia tengah pregnant. masa tu aku meraung. sebab snowy kena gigit depan mata aku. aku ingat. aku masih ingat keadan dia. aku ingat bagaimana aku tatang dia dalam tangan dan cuba selamatkan dia yang aku tahu dia tak ada harapan. aku menangis dan menangis. aku merayu pada tuhan selamatkan dia. sesiap tolong selamatkan dia. darah tak berhanti mengalir dalam tangan aku. aku masih ingat aku call mama sambil menangis dan merayu supaya dia balik rumah cepat. aku dah tak tahu apa yang aku patut buat.

tangan aku menggigil waktu aku tanam snowy. mungkin sebab brownie baru sahaja mati.

kemudian jojo pula beranak. aku happy. seronok. episod duka aku dah tamat sebab bila anak anak jojo dah besar, turn anak anak jojo pula yang beranak. aku ketawakan mama sebab dah ada cicit memandangkan aku anggap hamster aku tu dah macam anak aku. sehingga la hamster aku meningkat menjadi 20+ ekor. tanggungjawab aku tiba tiba menjadi lebih besar dalam menjaga hamster dalam jumlah yang banyak. tapi dalam masa yang sama aku seronok jaga mereka. 

setiap hari sabtu aku akan mandikan hamster. aku tak pasti betul atau tak tindakan aku mandikan hamster tu. tapi memang setiap hari sabtu aku akan bersihkan sangkar sambil mandikan diorang. lepas tu aku tergelak gelak tengok semua takut air. bila dah kering, aku akan treat diorang dengan buah atau sayur. aku memang sayang diorang ni.

tapi, tak lama lepas tu, aku buat keputusan untuk jual memandangkan mama pun dah rimas sebab banyak sangat. pada asalnya aku tak mahu jual sebab asalkan tuan baru dia sayangkan dia, aku tak kisah, aku bagi je. tapi aku jual juga dekat seorang lelaki yang berniaga haiwan sebab dia mengaut keuntungan menjual haiwan. bagi aku tak fair kalau dia dapat secara percuma.

jojo dah mati sebelum tu. jojo mati ketika saiz badan dia sangat gemuk. mungkin sudah sampai ajal dia. tinggal opet, hamster jantan. aku bagi semua anak dan cucu mereka dekat orang tapi aku simpan opet. cukup la seekor sebagai peneman.

lama juga opet sendiri. dan dia seolah olah berbicara dengan aku bila setiap kali aku jumpa dia. dia jadi manja dengan aku. setiap kali aku pergi dekat dia, dia akan tunggu aku depan pintu sangkar. mungkin kerana dia pun dah tua dan lebih matang, dia lebih banyak berjalan dengan badan dia yang mendap tu.

tapi aku tak pasti apa silap aku, opet terlepas dan lari. opet tak pernah terlepas dari sangkar sebab dia dah tua. dari situasi, aku tahu ada orang yang lepaskan. mungkin dia tak ada niat nak lepaskan, mungkin dia buka dan nak main dengan opet, tapi takut nak pegang. aku tak menangis. mungkin aku dah kuat dalam mengatasi situasi kehilangan ni. cuma aku selalu berdoa yang aku akan terjumpa opet dekat mana mana. aku risaukan keselamatan dia memandangkan banyak haiwan liar di area rumah aku ni. dan aku risau yang dia kelaparan. tapi memandangkan dah lebih setengah tahun dia tak balik balik, aku tahu, dia mungkin dah mati.

tamat la sudah kenangan aku dan hamster.

maaf, aku tak letak apa apa gambar di sini. gambar gambar mereka dah terpahat dalam otak aku.

No comments: