aku tak suka bila aku tak boleh puasa di bulan puasa. maybe orang boleh kata yang perempuan beruntung boleh tak puasa di bulan puasa.
the truth is,
puasa atau tak puasa,
dalam bulan puasa,
kau tetap tak boleh makan siang
dan tetap kena ganti puasa
the worst is, kau tak bangun sahur sebab semua orang fikir yang kau boleh makan tengahari nanti. fikir la wei. kalau kau dah habiskan semua makanan waktu sahur, orang yang tak puasa tu nak makan apa? kitorang ada malu juga nak masak tengahari dan yang paling penting, kau malu nak beli makanan dekat kedai waktu siang.. dah la kesian dekat orang yang puasa pandang dan hidu bau makanan yang kita masak.
tapi dalam kes aku, makanan ada, cuma aku je yang pilih tak makan sangat. aku malu nak makan depan orang yang puasa dan aku kesian sebab aku tahu puasa itu adakalanya memenatkan dan sangat menguji keimanan.
sebab tu bila waktu berbuka, aku pun sama makan bersungguh. bila aku tak dapat puasa, aku lagi kurang makan berbanding kalau aku puasa. mungkin sebab mindset aku pun kata 'esok boleh makan lagi'.
jom bandingkan jumlah makanan yang aku makan waktu aku puasa dan tak puasa.
kalau aku puasa,
waktu berbuka
seketul buah kurma
minum air buah 3 gelas sampai kembung
nasi satu pinggan dengan lauk penuh dalam pinggan
murtabak setengah potong
kuih sampan 2 ketul
waktu sahur
nasi satu pinggan dengan baki baki lauk berbuka
air kosong 2-3 gelas [konon spare untuk siang nanti tak boleh minum]
kalau aku tak puasa,
waktu siang
minum air kosong
2 keping roti dengan cheese
waktu berbuka
air buah segelas
air kosong segelas
murtabak seketul
kuih sampan seketul
tak makan nasi
waktu sahur [kalau sahur]
nasi setengah pinggan dengan baki lauk
air kosong
2 comments:
Haha betul jugak. Ay pulak kalau tak puasa, makan senyap2 dalam bilik. Salunya ibu mmg akan tinggalkan lauk. Dapur pun tersorok sikit.
Eh dah 'tak puasa' eh? Lepas ni mesti ay pulak kan. Kita nye time lebih kurang.
ehehe. mc puasa tu dah nak tamat la sayang. ayu belum lagi ke? tak lama lagi la tu.
Post a Comment