mari la jadi stalker aku. aku la perempuan yang kau fikir kekasih gelap teman lelaki kau itu. aku la perempuan yang sibuk mesej dan berchatting dengan teman lelaki kau itu. aku juga perempuan yang teman lelaki kau call dalam diam itu.
oh?! aku rasa aku buat semua tu dekat semua kawan lelaki aku. adakah aku perempuan murahan? kau silap. kau cuma takut.
the fact is, yes, jealousy memang menunjukkan yang kau sayang dan ambil berat pada teman lelaki kau. tapi bila jealousy yang melampau, kau tak sayang pun pada teman lelaki kau. kau cuma pentingkan diri kerana kau takut. kau takut ditinggalkan.
did you know, sesetengah lelaki dump perempuan bukan kerana dia suka pada perempuan lain. punca asalnya adalah dari pasangan itu sendiri. kalau kau betul hebat, cantik dan pandai ambil hati teman lelaki kau, kau tak payah risaukan yang dia akan tinggalkan kau dan teman lelaki kau sendiri pun takkan sempat nak pandang perempuan lain.
memang ya aku ada mesej teman lelaki kau, chatting dengan teman lelaki kau dan berborak dalam telefon dengan teman lelaki kau. tapi teman lelaki kau tidak berborak atau bercerita seperti apa yang dia borak dan cerita dengan kau selaku teman wanita dia.
hentikan fikiran negatif kau tu perempuan! kau perempuan yang dia pilih, kau perempuan istimewa yang dia agung agungkan pada teman teman dia, kau perempuan yang dia berkongsi segalanya. adakah itu masih tidak mencukupi buat kau?
kadang kadang aku seronok bila tahu ada perempuan stalk aku hanya kerana satu comment pada wall facebook teman lelaki dia. kenapa aku seronok? sebab dari situ aku dapat tahu banyak perkara.
perempuan yang menjadi stalker pada teman lelaki sendiri adalah seorang perempuan yang sangat tidak yakin diri. dia tak yakin yang dia cantik, dia tak yakin yang dia pilihan teman lelaki dia. benda yang paling ketara adalah dia menganggap perempuan lain yang wujud dalam hidup teman lelaki dia adalah pesaing. marilah kita ketawa beramai ramai.
secara jujur, aku suka bila ada perempuan stalk aku sebab perkara itu membuatkan aku rasa aku ni cantik. mana mungkin perempuan nak dengki atau cemburu dengan kau melainkan dia rasa kedudukan dia tergugat dengan kau. kan? betul tak aku cakap?
soalan : kalau betul perempuan lain adalah pesaing kau, kenapa teman lelaki kau tak pilih je perempuan lain dari awal?
dia nampak keistimewaan dalam diri kau. mungkin kau rasa kau kurang cantik dari segi paras rupa, tapi paras rupa tak menjanjikan apa apa. mungkin dia nampak ada sifat lain dalam diri kau yang istimewa buat dia. sila yakin pada diri sendiri.
aku perempuan dan kau perempuan. aku tak dapat bantu kau kalau kau sendiri tak dapat bantu diri sendiri. dan tolong jangan buat aku fikir yang aku ni cantik. kelakar kau tau!
**sila balas dendam dengan berusaha sendiri menjadi lebih cantik, lebih bagus dari mana mana perempuan yang kau rasa pesaing kau tu. bukan dengan main perli perli dan memburuk burukkan orang lain. masa kau burukkan orang lain tu, kau sebenarnya telah berjaya memburukkan diri kau sendiri. tahniah!
2 comments:
aku pun pnh kena cmni weh sbb kebanyakan bestfren ak yg lelaki la..gf dorg tak suke ak..mayb sbb ak pot pet bgn sgt dgn laki dorg kot.eh entah..tp btol..dorg insecure sgt smpe pk bkn2..ak lek je kalo shak nk komen dgn spe2 pn..tp ak pnh rs cmni sekali sbb tgk shak rapat sgt dgn ex dy..then x rs dh bila muhasabah diri..hahaha.yey..ak dh matang..hee
haha. yeay! post ni kadang kadang makan diri gak. gahahaha~ ye aku pun kadang kadang kuat cemburu. lalalalala~ tapi skg pun dah tak buat da.
masa aku single selalu la kena macam ni. tak paham aku.
Post a Comment