seronok bila orang yang kita kenal mendirikan masjid. rasa bangga pun ada. zaman sekarang ni bukan senang nak mendirikan rumah tangga lebih lebih lagi di zaman wanita berpelajaran lebih tinggi dari lelaki.
kenapa susah nak dirikan rumah tangga?
belum ada calon
kadang kadang, calon tu ada tapi tak menepati ciri ciri pasangan idaman. terus kena reject. jangan reject orang, babe. tak takut ke orang reject kau pula? just go with the flow. jangan terlalu nampak desperate tapi jangan terlalu lembab nak pickup hint. dan please please please ada sense of respect. tak kira kau lelaki atau perempuan. jangan malukan orang lain dalam apa sahaja cara atau medium.
duit hantaran tinggi
memang trend orang zaman sekarang nak hantaran tinggi tinggi. kau ingat kau anak raja? kadang kadang bukan salah si anak gadis, parents yang melampau lampau nak nampak yang kononnya anak dia tu kawen dengan orang yang banyak duit. but anyway, hidup di bandar memang perlukan hantaran yang tinggi. bukan kerana mahukan duit, tapi kerana segala jenis atur cara pun memerlukan duit. kau nak kencing pun kena bayau sampai dua hengget tau.
beza taraf hidup / pelajaran
gadis zaman sekarang memang ramai yang berpelajaran tinggi sampai ada yang dah pangkat phd, master, doktor, profesor madya bagai. lelaki yang berpelajaran tinggi pula selalunya akan cari perempuan yang tidak berpelajaran tinggi kerana tertarik pada rupa yang ayu, manis, muda (kalau boleh yang baru habis sekolah) dan pandai buat kerja dapur. apa jadi dengan gadis yang berpelajaran tinggi ni? sama ada jadi isteri kedua pada lelaki yang berpelajaran tinggi atau mencari lelaki yang biasa biasa. bila berjodoh dengan lelaki yang biasa biasa, orang mula pertikaikan taraf pelajaran mereka yang berbeza. keluarga pihak perempuan mula buat request yang mengarut ngarut. duit hantaran kena tinggi la sebab anak diorang belajar tinggi ke langit. sudah la tu. kau nak anak kau membujang sampai ke tua?
harapan keluarga
anak yang menjadi harapan keluarga memang selalunya akan lewat mendirikan rumah tangga. selagi ada beban yang tergalas dibahu, selagi itu dia akan cuba penuhkan. orang yang sebegini selalunya fokus pada kerjaya dan tak hiraukan langsung mengenai hal lain. cukup bertuah kalau orang yang sebegini mendirikan rumah tangga.
![]() |
saja nak promote. yang kiri sekali tu single tau. tengah tu dah kahwin. kanan tu single but not available. eh! kanan sekali tu aku la. |
aku rasa aku dah terpesong dari cerita asal yang aku nak cerita. lain kali la aku cerita. selamat malam. errrr~ pagi!
No comments:
Post a Comment