June 07, 2011

demam korea

aku tak demam korea walaupun dalam sehari sekurang kurangnya satu lagu korea akan berkumandang dari laptop, henfon, walkman dan tv.

manusia korea pertama yang aku kenal dan jatuh hati adalah kwon sang-woo dari cerita stairway to heaven. itu cerita 7 tahun dulu. kerana kwon sang-woo juga, aku dapat teman lelaki muka macam dia. siapa yang tak nak lelaki yang sanggup kejar kau naik bas, lelaki yang sanggup menangis untuk kau, lelaki yang setia dengan kau walaupun ada perempuan lagi cantik goda, lelaki yang kaya berharta dan pemilik tunggal shopping complex tapi masih setia menunggu kau walaupun kau hilang ingatan dan masih juga setia sampai ke akhir hayat. aku nak tanya, siapa yang taknak lelaki macam tu weyh?! walaupun aku tau itu hanya dia berlakon dalam cerita, tetapi dia berjaya mencuri hati jutaan gadis yang menonton cerita itu. terutama aku.


hari berganti hari dan tahun berganti tahun. masih belum ada artis yang berjaya menakluk hati aku seperti kwon sang-woo. aku memang suka artis barat terutama johny depp dan brad pitt tetapi perasaan dia tak sama dengan kwon sang-woo. air mata dia boleh jadi air mata aku. ini semua gara gara stairway to heaven. tapi mungkin aku dah biasa disajikan dengan artis barat, maka aku kurang perhatian sangat dengan dunia artis artis asia ni. sedangkan artis tempatan pun aku tak berapa nak kenal. [tapi aku akui yang aku hampir menangis bila dapat tau kwon sang-woo, lelaki idaman aku tu kahwin]

awal tahun 2009, kawan aku yang kaki hindustan kenalkan aku dengan rain. kenal rain? bukan hujan la. artis korea nama rain. aku terkejut sekejap. kawan aku yang kaki hindustan pun boleh minat artis korea? aku kenal rain pun melalui cerita fullhouse. dia duk la membebel mempromote si rain kat telinga aku. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. yang aku faham, dia suka tengok rain tu menari lincah sama macam artis hindustan dia. apa pun, itu antara artis korea yang awal awal aku kenal selain kwon sang-woo. yang lain lain aku ta ingat sangat.
masih ingat scene ini? oh. ini membuatkan aku nak cari balik cerita ni.
not until girls' generation jadi sangat popular. masa tu, aku dah mula nampak kenaikan jumlah peminat peminat artis korea yang ada di atas pentas. atau mungkin peminat dia dah ada lama tapi aku yang tak nampak sebab terlalu fokus pada drama korea.


dan tahun ini adalah tahun gila. kenapa gila? sebab kawan sekelas aku ramai yang gila artis korea. dari tak kenal nama, aku jadi kenal nama dan muka orangnya sekali. but hey, aku masih bukan dalam stage teruk. cuma kalau dalam peringkat demam tu, aku dalam stage batuk berkahak je. belum selsema dan badan panas. jadi tahap demam aku tak teruk. aku hanya minat artis korea yang aku kenal melalui drama je. tapi hidung da start rasa macam nak selsema gak ni bila aku dah nak ke arah artis artis yang menari dan menyanyi pula.

post ni, aku tujukan pada semua kawan kawan aku yang minat artis korea. sila jangan tarik aku ke kancah korea ni sebab bila cerita korea dan lagu korea melebihi dos, aku boleh jadi macam penagih dadah yang terbaring atas katil tak bergerak gerak tapi mata tertumpu pada skrin komputer sahaja.

dan aku dah ada pengganti kwon sang-woo, nama dia hyun bin. hahahahaha.

encik hyun bin, sila lah tawan hati saya
ini adalah tahap batuk aku :
lee jong hyun
encik jong hyun telah menawan saya dengan suara dan senyuman malu dia di atas pentas
tidakkkk!!!!
lee min ho
encik min ho menawan hati saya melalui boys over flower (bof)
mama, boleh tak perempuan kawen dua? >.<
lee hong ki
suara dia serak serak basah dia sangat menarik dan dia sangat comel
dia sangat comel dalam you're beautiful sebagai jeremy
punca aku minat kat sesetengah artis korea ni, bukan kerana rupa. tetapi lebih kepada pengaruh drama yang mereka lakonkan atau errmmmm.mungkin.memang.sebab.rupa. oke bye!

No comments: