saya tak dapat nak luah pada kamu. saya tak mampu nak luah pada sesiapa. saya dah janji pada diri sendiri saya takkan tanya mana kamu pergi, apa kamu buat, kamu sudah makan atau belum atau apa sahaja jenis persoalan yang muncul dalam fikiran ini. saya tak mahu kita bergaduh hanya kerana soalan saya itu.
kamu, kamu yang sibuk itu, kamu yang lambat membalas teks pesanan saya, kamu yang hanya telefon sehari sekali itu. saya rindu pada kamu.
saya tak mahu saya jadi pemberat pada kamu tapi saya tak mahu lepaskan kamu. jadi saya buat keputusan untuk jadi penunggu kamu yang setia. saya mahu jadi pungguk yang rindukan bulan. yang duduk diam diam atas pokok dan berbunyi sekali sekala. cuma bulan saya selalu terlindung oleh awan. kalau saya mampu kibas awan tu pergi gunakan sayap saya ni, alangkah bahagianya hidup saya dapat tengok kamu selalu.
kamu, kamu yang sibuk itu, pandanglah saya, jenguklah saya. saya ada di sini. saya tak ke mana mana.
No comments:
Post a Comment