June 06, 2011

home made mushi

sebelum memulakan tutorial buat malay sushi atau dengan nama lainnya, mushi, aku nak gelak dulu puas puas.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

motif aku gelak? sebab aku malu buat tutorial ni. kenapa malu? sebab aku guna barang barang dari rumah dan sangat tak profesional. janji perut aku kenyang. sorry k. tutorial ni untuk orang yang dah terlalu-nak-sangat-makan-sushi-tapi-barang-tak-cukup.

bahan bahan dan barang yang perlu ada ;

rumpai laut
*benda ni penting. wajib ada. aku selalu salah sebut rumpair. rumpai air memang takde jual. harap maklum. yang itu, korang boleh cari sendiri kat longkang longkang berhampiran.

nasi
*dalam kes aku, aku guna nasi yang kita biasa biasa makan hari hari tu. beras tempatan kita pun hebat apa! kikikiki. alasan malas nak beli beras jepun yang mahai na mampus tu.

cuka
*aku bedal ambik cuka yang ada kat dapur. janji cuka. kat rumah aku takde rice wine atau arak arak haram ni. harap maklum.

garam dan gula
*beragak la weyh kalau rumah korang takde garam gula. selama ni masak guna air laut dengan gula gula ke?

isi ketam / terung jepun / telur
*atau apa sahaja yang korang nak letak kat dalam mushi tu. sambal belacan pun jalan je. but no durian. aku tak suka durian.

tikar gulung
*dan dalam kes aku lagi, aku guna tikar gulung yang dapat masa kenduri kenduri kawen tu. ini namanya save cost

cara cara nak buat nasi untuk mushi :

ambik nasi yang panas panas dari dalam periuk, pastikan ada baki untuk orang lain. mana tau ada orang nak ulang makan malam nanti sebelum tidur. [eleh. aku tau, korang yang selalu makan sebelum tidur sebenarnya.] masuk dalam bekas atau mangkuk yang muat untuk korang kacau kacau nasi tu. eh eh bukan besen. ta payah besar besar sangat. lepas tu masukkan garam, gula dan cuka. garam dalam 1 sudu teh, gula dalam 3 sudu teh, cuka kena lebih dari gula. jumlah yang aku bagi ni hentam je. yang penting gula lagi banyak dari garam dan cuka lebih dari gula. boleh pakai agak je. kacau kacau kacau sampai rata, lepas tu letak tepi. tunggu sampai dia sejuk. 

*lupa nak pesan, tangan kena basah supaya nasi tak melekat lekat sangat. aku kacau guna sudu. 

cara cara nak buat isi untuk mushi :

ikut suka hati korang nak isi apa. goreng telur letak dalam tu pun boleh.

proses menggulung :

letak rumpai laut atas tikar. tangan kena kering nak pegang rumpai laut. nanti dia mengerekot. letak nasi sama rata atas rumpai laut tu. letak dalam 2/3 dari kepanjangan rumpai laut tu dan penuh bagi kelebaran dia. da tempek tempek sama rata, letak pulak isi yang korang nak letak. dah puas hati dengan susunan, kita dah boleh la mulakan menggulung. ngantuk ah. perut da kenyang. suka hati korang la gulung macam mana pun. janji betuk dia sama macam sushi. dah siap gulung, potong potong la sushi tu mengikut cita rasa masing masing.

perasan tikar pink bawah tu? aku pakai tikar tu je

da siap!

sekian terima kasih



*perut da kenyang, mata dah kuyu, masa untuk tidur.

4 comments:

Unknown said...

THANK YOU!
YUMMMMMMYY

"Mana tau ada orang nak ulang makan malam nanti sebelum tidur. [eleh. aku tau, korang yang selalu makan sebelum tidur sebenarnya.]"
>>>> SANGAT TERASA OKAYY!

HAHAHA

kiki said...

hahahaha. sama la kita!!! ulang makan sebelum tidur adalah heaven!

Asfa said...

Tikar gulung?

kiki said...

tikar yang boleh gulung gulung la. takkan aku nak tulis tikar terbang. nanti lagi la orang ta faham pokcik!