June 04, 2011

biarkan sahaja diri dirogol dari dipenjara dua tahun

hari ini aku tersentak baca surat khabar. seorang suri rumah dihukum penjara dua tahun kerana membunuh seorang lelaki yang cuba memperkosa dia. dah terang terangan yang dia cuba mempertahankan diri dari diperkosa. kenapa masih nak hukum dia?

cuba kalau anda anda, kamu kamu, korang korang semua ada orang ceroboh rumah dan cuba nak memperkosa adik perempuan, kakak, mak atau anda sendiri sebagai seorang perempuan, apa yang anda akan lakukan? aku tak kisahkan bangsa apa yang terlibat dalam kes ni, yang aku kisahkan adalah hak sebagai seorang perempuan yang cuba mempertahankan diri.

[gambar : rujuk berita di sini]
mungkin tertuduh, S. Kalaichelvi membunuh, but it is for a good reason. so, next time bila ada orang mahu rogol kita, kita patut biarkan sahaja? konon kita patut buat report polis dan polis akan tangkap lelaki yang memperkosa itu? bila? bila janin dalam perut sudah terbentuk? bila mangsa rogol sudah malu dengan pandangan masyarakat?

"kami akan bantu anda sebaik mungkin." sebaik mungkin is not enough! benda sudah terjadi. adakah maruah mangsa boleh dipulangkan semula dengan penangkapan perogol itu? tell me exactly, how many perogol yang berjaya ditangkap? adakah ramai? apa punca mereka merogol? kerana mereka tidak takutkan hukuman dan tiada usaha dari pihak yang bertanggungjawab untuk menyiarkan hukuman bagi perogol atau any other penjenayah. but hey, kalau ini hukuman untuk seorang wanita yang cuba mempertahankan diri dari diperkosa, aku tak tahu apa yang sudah terjadi pada masyarakat kita pada hari ini.

can we create a new rule that girls can kills any sex offender on the street? so, we can feel a lot safer. tetapi wanita sebenarnya memang tak cukup kuat. what can we do?

sila kuat kuasakan undang undang islam yang maha adil itu. itu undang undang yang turun dari langit. dari Yang Maha Mengetahui. bukti silam dari pemerintahan berkhalifah juga menunjukkan yang undang undang itu adalah yang paling adil untuk segala jenis kaum, agama dan bangsa.

kenapa takut untuk menggunakan undang undang itu? adakah kerana kamu takutkan sesuatu? kamu takut pada bayang bayang sendiri? oh please~


**jika anda berikan yang terbaik pada orang lain, kamu juga akan menerima balasan yang setimpal. sudahkah kamu lupa pada janji Allah swt?

5 comments:

Unknown said...

T___T
sedih baca entry ni
kecewa betul

nak selamatkan diri pun dah salah dah kot kat undang2 dunia :(

kiki said...

tau takpe. berdegup kot jantung masa baca berita ni. takut kalau jadi kat diri sendiri. ini termasuk dalam list WHICH SITUATION IS WORSE? yang ay buat tu. >.<

Unknown said...

Tetiba rasa tak selamat. Buat tu salah, buat ni salah. Ommaiiii!

Anonymous said...

bodoh la ko.. nak mmpertahankan diri x boleh la smpai membunuh.. tu dah mmg bunuh namanya.. bkn mmpertahankan diri.. bila seorg dh membunuh, dia akn ada keyakinan tinggi utk membunuh lg jika perlu.. sbb tu la yg pernah mmbunuh terpaksa dihukum walaupun dgn niat utk slamatkan diri, sbb x mustahil dia akan berani buat lg utk perkara lain jika terdesak.. lg satu, mgkin tgk pd keadaan mayat, boleh tau la bunuh tu sbb selamatkan diri ke atau bunuh sbb x puas hati.. kalau bunuh utk selamatkan diri dibenarkan, mana2 prempuan senang la utk membunuh, then akan berlakon ckp diri cuba dirogol diperkosa.. so dont be stupid, sblum mengutuk undang2, fikir logiknye dulu..

Kiki said...

terima kasih di atas komen anon.