I'm sorry that I'm not completely beautiful, that my hair never stays in place. I'm sorry I'm not fake, and don't pretend to be like that. I'm sorry that I don't have perfect skin. I'm sorry that I'm not 80 pounds, and that I like to eat. I'm sorry that I'm not her, that picture perfect girlfriend you have in your head. If you cannot accept me the way I am, then I cannot except you.- Rebecca
semua orang ada ciriciri perempuan atau lelaki idaman. termasuk aku, termasuk kau, termasuk la jiran rumah kau. percaya tak kalau aku kata, kau takkan dapat lelaki atau perempuan idaman kau tu? so, stop dreaming!
Jodoh ada di tangan Tuhan.
aku pernah cuba untuk bercinta dengan lelaki idaman aku. tak jalan. kenapa? kalau dah tuhan tak bukakan hati kau untuk mereka, cuba la apa cara sekali pun, susah untuk kau terima mereka.
kerana itu, berdoalah pada tuhan dan minta petunjuk.
encik hati adalah doa aku. satu satunya lelaki yang aku doakan dari sekolah menengah. aku pun tak faham kenapa dia yang aku mahukan. selalunya orang akan berdoa untuk mendapat lelaki yang terbaik sebagai jodoh kau. aku doa juga lelaki terbaik itu. tetapi di pengakhiran doa, aku akan sebut nama dia.
ketika aku mengenali encik hati, dia langsung tak memiliki ciri lelaki idaman aku. boleh katakan, yang dunia aku dan encik hati adalah berbeza. jauh berbeza. tetapi bila hati kau sudah terbuka untuk dia, apa sahaja yang dia lakukan, akan nampak sempurna pada mata kau.
aku juga bukan wanita idaman encik hati. boleh katakan aku adalah bertentangan dari wanita idaman dia. kalau dah bertentangan, maknanya langsung tiada persamaan. tetapi inilah yang dikatakan takdir tuhan.
kadang kadang aku rimas dengan orang yang terlalu memilih teman hidup. nak yang macam ni, nak yang macam tu. nak perempuan rambut panjang. nak lelaki yang kulit putih.
ada juga yang kawan pun dia memilih. nak kawan yang macam ni sahaja. tak nak kawan yang berbeza dari diri dia. kononnya nanti bercanggah pendapat. semua orang patut dengar cakap kau sorang sahaja. kau siapa untuk semua orang dengar cakap kau?
be free. jangan biarkan diri kau di takuk lama. zaman dah moden. orang sudah pakai monorail. kau masih lagi dengan beca. semuanya semata kerana kau rasa kau betul. kalau kau rasa kau betul dan semua orang salah, silalah turunkan hujan dan keluarkan matahari. atau mungkin kau patut hidup kat angkasa lepas sorang sorang.
terimalah orang lain seadanya. jangan harapkan kesempurnaan kalau kau pun tidak sempurna. semua orang membuat kesilapan kerana itu wujudnya kemaafan. kerana itu juga wujudnya taubat. buka mata dan cuba fahami sesuatu dahulu sebelum kau menentukan hukuman.
sedangkan seorang pelacur pun diterima masuk ke syurga kerana dia memberikan seekor anjing minuman.
kau tiada hak untuk menentukan taraf hidup seseorang. kau juga tiada hak menghina insan lain. tidakkah kau tahu, ketika kau menghina seorang hamba Allah itu, kau juga menghina ciptaan Dia?
jika Tuhan bukan maha penyayang, kau dah mati kena panah petir. tau tak?
No comments:
Post a Comment