kadang kadang mesti followers aku kat twitter dengan kawan kawan aku dekat facebook tertanya tanya, apa G-10 yang aku duk sebut sebut tu. hebat sangat ke G-10 tu? G-10 bukan organisasi gelap yang jual senjata haram secara underground. bukan juga organisasi kungfu atau carta organisasi sekalipun. G-10 bermaksud Graphic 2010.
sebelum wujudnya G-10, aku dengan kawan kawan buat group ALL0. sebenarnya untuk memudahkan proses berkomunikasi dan inform assignment or any other info. but ALL0 was only for our class. ALL0 pun stands for A1 10 [kelas A part 1 tahun 2010]. masa tu, mana la nak kenal sangat student yang sama batch. mungkin juga aku atau mungkin mereka yang sombong? eh? bukan sombong tapi malu. *pipi merah*
tak lama kemudian wujud G-10 untuk menggabungkan student yang sama batch untuk tahun 2010. mulanya aku sangkakan yang G-10 akan jadi sama seperti ALL0. sunyi sepi *bunyi cengkerik*
tapi aku silap. sambutan yang diterima agak memberansangkan. G-10 tak pernah sunyi. setiap 1 saat ada je yang tulis something. kalau sunyi tu, maknanya memang semua tengah buat keje. nak tahu apa yang diorang tulis? takyah tau la. since group itu adalah rahsia. apa guna rahsia kalau orang luar boleh tahu. kan? berbeza dengan open group. kalau open group aku boleh la cerita.
apa apa pun, G-10 membuatkan aku tak tidur malam, mandi tak basah dan tidur tak lena. instead of main sms atau bergayut dengan encik hati, aku spend semua masa aku kat G-10. encik hati dah macam kekasih nombor dua. sorry encik hati.
sebenarnya G-10 itu open sahaja untuk ahli baru. tapi beberapa kejadian yang berlaku dalam G-10 membuatkan proses pengambilan diberhentikan terus. tapi tak guna bercerita tentang orang lain. Islam sendiri menghalang umatnya bercerita buruk tentang orang lain. jika kita membuka pekung orang lain, sebenarnya kita juga membuka pekung diri sendiri. bagi aku, semua orang membuat kesilapan. cuma cepat dan lambat sahaja untuk sedar. seperti yang aku selalu ulang tulis dalam blog ni, sebagai seorang hamba, kita tiada hak untuk menghukum dan menghina orang lain.
apa apa pun, aku jadi bertambah sayang pada umat G-10. mungkin sebab aku menghabiskan terlalu banyak masa dengan mereka. susah dan senang sepanjang belajar semua aku kongsikan dengan mereka. mungkin tak semua tapi ada yang aku kongsi dalam bentuk double meaning. harap harap la diorang tak tau. hehe.
semester depan, ada ahli G-10 yang dah tak sama kelas lagi kerana berbeza semester, iaitu geng spaghetti, aku sayang korang sangat sangat ♥ ♥ ♥ korang bila dah tak sama kelas pun, jangan sombong sombong tau. tulis la apa pun korang suka kat G-10 tu. kami sentiasa mengalu alukan kehadiran anda. cuma jangan la rasa terpinggir bila ada benda yang kitorang borak tu korang tak faham.
to all G-10ers, cuti empat bulan ni aku harap tak mengubah korang jadi perengus, pemarah atau pendendam. be happy and keep your smiling faces. semester depan, aku nak tengok senyuman korang je. kalau aku nampak garang garang sikit je, aku buang terus dari G-10. jangan rosakkan imej G-10 yang sentiasa happy go lucky tu.
![]() |
aku doakan yang terbaik untuk semua warga pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan |
3 comments:
oke je sayang! oh ha oh ha! i love you and i loveeeeeee G-10 sesangat! esok bbq..oh yeah! *goyang2 pinggul.
bbq!! *excited*
wah!touching i nyah..spaghetti masih diterima..ihihi..saya takkan sombong tapi mungkin bongkak sedikit..hahaha..teringin nak jadi serius..tapi takut kena kick dengan admin..hahaha..pape pun aku sayang korang semua juga..BBQ hari tu buat aku terasa mcm famliy..kalau diploma dulu (buka cerita diploma pulak mcm tut..hahaha)aku amik masa nak mesra dengan 1 batch aku..tapi degree ni lain..baru setahun aku dah rasa mcm family..BESTNYE!! love u olls la..weee~~~
Post a Comment