I don't forgive people cause I'm weakI forgive them cause I'm strong enoughto understand people make mistakes
soalan senang, sepanjang kau hidup di atas muka bumi ni, berapa kali kau buat silap? lebih dari sekali bukan? aku tak minta kesilapan besar pun. contohnya kau pernah tersilap tekan suis lampu. kau perlu melakukan kesilapan untuk tahu apa yang betul. bila kau tersilap tekan suis lampu, kau akan ingat suis yang mana betul. kemudian kau takkan buat silap lagi. betulkan?
begitu juga manusia. kau akan buat silap sesama manusia untuk belajar dari kesilapan itu. lebih lebih lagi dengan orang yang rapat terutama ibu bapa, keluarga sendiri, teman teman rapat. kau pasti akan buat silap suatu hari nanti. kita tidak sempurna.
kalau kau sayang orang tu, kau ada hak untuk menegur. kalau tidak ditegur, orang yang melakukan kesilapan itu takkan tahu kesilapan dia. tetapi menegur juga ada caranya. kau tak perlu nak jerit jerit dan maki maki. apa kau ingat dia binatang yang tak faham bahasa manusia? kau pun tak perlu nak sindir sindir yang menusuk terus ke kalbu. apa kau ingat dia tiang yang takde perasaan? tegurlah dengan lembut. kalau dia tak dengar, tak mengapa. doakan untuk dia setiap kali selepas solat. percayalah, tuhan akan bantu kau dengan membuka hati dia.
kau juga tak perlu menunggu pihak itu meminta maaf untuk kau maafkan dia. maafkan seikhlas hati kau. akan ada satu hari nanti dia datang dan minta maaf. mungkin bukan sekarang, tetapi kau takkan tahu masa depan. mungkin kebetulan anak dia berkawan rapat dengan anak kau dan kau dipertemukan dengan keadaan yang sangat dramatik. atau mungkin juga anak dia bernikah dengan anak kau. kita tidak tahu perancangan yang tuhan sudah aturkan untuk kita.
kalau kau tak mahu maafkan dia, kau pernah terfikir yang mungkin orang lain juga tak mahu maafkan kau. kau bukan sempurna sangat sampai kau takkan pernah buat silap. kau manusia. kau juga akan mati. amalan kau juga akan dihitung sama seperti manusia yang lain.
terakhir sekali, kau jangan sakitkan hati orang lain. jangan! kau sakitkan hati orang lain dan kau mengharapkan orang lain takkan sakitkan hati kau? mana otak kau? tertinggal kat dalam laci meja? kemudian kau akan menjadi punca kepada dosa dia yang seterusnya.
kesimpulannya, aku dah tak tau nak tulis apa kat dalam blog ni sebenarnya. lalalalalalala~ doakan aku berjaya dapat dekan sem ni. sayang korang yang doakan aku tu! mwahxx!
![]() |
[gambar : awak hensem la. huh! kau tak cantik pun ] |
No comments:
Post a Comment