kelakar. bila aku fikirkan kembali. terasa seperti baru semalam kau dan aku berbicara mengenai masa depan. ketika itu kita masih di alam persekolahan. betapa aku tak pernah terfikirkan yang itu semua boleh menjadi kenyataan. sekarang ni, kita dah mula kumpul duit untuk menuju ke arah itu.
dan jika jodoh kita panjang, dan jika kita dapat bernikah dan tinggal bersama, kau mahu kita tinggal di rumah yang banyak kenangan itu bersama motor itu. motor yang kau guna untuk hantar aku balik dari sekolah. motor yang kau guna untuk datang ke rumah aku. motor yang sama kau guna untuk keluar dating dengan aku buat kali pertama. walaupun dah banyak kali aku marah kau, belilah motor baru kerana risaukan keselamatan kau, kau masih berdegil. kau terlalu sayangkan motor itu.
berulang kali aku kata, kau satu satunya lelaki yang boleh menerima aku seadanya. betapa hodoh aku pakai, mekap comot, rambut serabai, berminyak, melekit, tak mandi, menipu, sejarah aku, perangai aku, masakan aku yang tak sedap serta keras itu. kau tetap akan tersenyum dan tenangkan aku. kau satu satunya lelaki yang aku selesa untuk jadi diri aku tanpa takutkan pandangan orang lain.
aku juga mula faham bila kau kata kau selalu nampak muka aku dekat muka perempuan lain kerana aku juga sudah beberapa kali mengalami pengalaman itu. ada masanya juga, aku dapat rasakan kau ada berjalan di sebelah aku ketika pergi dan balik dari kelas. aku tahu, aku boleh jadi gila.
aku ada habit, angkat telefon rumah dan membayangkan kau ada di hujung talian. jika hanya itu sahaja cara untuk aku dapat tidur dengan lena. mungkin waktu itu kau terlalu sibuk atau pulang rumah lewat. dan setiap kali kau telefon aku lewat malam, aku akan rasa mengantuk. bukan kerana bosan, tapi kerana aku sudah terbiasa suara kau sebagai suara terakhir yang aku dengar sebelum tidur dengan harapan kita dapat berjumpa dalam mimpi. aku tahu kita jarang dapat berjumpa. mimpi adalah tempat aku berjumpa dengan kau.
rindu. adamasanya aku tak boleh nak ungkapkan dengan kata kata. kerana kata kata pun masih tak dapat menerangkan perasaan itu. cuma aku mengharapkan kau faham tanpa perlu diungkapkan kerana aku tahu, kau juga rasakan yang sama.
mungkin juga kau fikir aku tak cukup menyayangi kau, aku faham. kerana bila kau terlalu sayangkan sesuatu, kau akan takut, risau dan mahu pihak lagi satu melakukan benda yang sama. aku tahu, kerana aku rasakan benda yang sama.
ah. ketika ini, segalanya adalah mungkin. kerana suatu ketika dahulu, aku pernah mengatakan, "mungkin kau menyukai aku." dan itu menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment