sekilas pandang ia terbang pergi. ah, dia tak ganggu aku, detik dalam hati, kerja diteruskan. pandang kiri, zieka leka dengan dunia dia sendiri ditemani lagu yang terus-terusan dimainkan dari mp3. aku mengeluh. pandang pula ayu yang berada disebelah zieka, dia juga leka dalam dunia dia sendiri, earphone hello kitty disumbatkan ke telinga. aku mengeluh lagi.
"zieka pekak," dengan sengaja aku cakap sebegitu pada zieka. zieka pandang aku dengan pandangan kosong. aku sengih. "apa?" zieka bertanya. aku geleng sambil ketawa dalam hati. ah, mencari hiburan sendiri. bosan. aku menyambung semula kerja aku.
menjeling hasil lukisan qahar yang berada di sebelah kanan aku. kau memang berbakat seni, qahar. pandang semula lukisan aku. senyum sendiri. sekurang-kurangnya lukisan aku lebih baik dari budak tadika, memujuk diri sendiri.
proses mewarna menggunakan cat air mula menjadi kegemaran aku. bermain dengan campuran warna dan air membuatkan aku seronok menunggu warna yang terhasil dari campuran itu. adakalanya warna yang terhasil pudar dari warna yang dikehendaki. campurkan pula warna lain. campur merah, putih, kuning, hijau, biru, coklat dan aku terus berhenti mencampurkan warna. comot.
pandang kiri, pandang kanan. zieka dan ayu masih dalam dunia masing-masing. pandang kanan, qahar khusyuk mewarna, hilmi masih melukis, ejat termenung. ah, aku gerak-gerakkan kepala kiri dan kanan dengan harapan lebih banyak oksigen masuk dalam kepala. mana tahu, tiba-tiba aku jadi seorang yang hebat melukis dan mewarna. siapa tahu?
"AAH!" secara automatik kepala aku pusing ke arah suara itu. "syoo! syoo!" yuyu dengan bebek menghalau tebuan yang aku nampak terbang tadi. aku sengih. apa la, itu pun nak takut. aku berlagak kuat dengan diri sendiri. pandang depan semula. tiba-tiba aku dengar jeritan kecil betul-betul belakang aku dan aku terus nampak tebuan tadi menuju ke arah aku. cilaka!
terus aku melompat bangun menjauh dari tebuan. cilaka! aku pandang kerusi kerana aku nampak tebuan tadi terbang menuju ke kerusi aku. tiada. aku pandang keliling kawasan aku duduk tadi. tiada. gerak hati aku kata tebuan itu ada melekat dekat aku. terus aku pandang ke seluar aku. cilaka! dia memang ada melekat dekat seluar aku.
aku tak pasti sama ada aku menjerit kuat atau tidak yang pasti memang aku ada menjerit minta tolong. untuk aku pegang tebuan itu memang tinggal harapan. aku pejam mata dengan harapan yang ini semua adalah mimpi. tolong aku! seseorang, tolong selamatkan aku! aku rasa seolah nyawa aku berada di penghujung. aku pun tak pasti kenapa aku takut sehingga ke tahap itu. cilaka! tolong aku! tolonglah selamatkan aku! sesiapa, tolong!
hujung mata aku, aku nampak qahar bangun seolah menjauhkan diri dari aku. dia pun takut ke? cilaka punya jantan. mati aku! mati la! aku pandang zieka. dia terkedu, diam kaku atas kerusi. aku pejam mata lagi. tolonglah Tuhan jadikan ini mimpi. kemudian aku rasa seseorang cuba ambil tebuan itu dari seluar aku. qahar tolong aku. terima kasih Tuhan!
menyesal aku kutuk qahar tadi. rupanya dia pergi cari kain untuk tarik tebuan dari seluar aku. terima kasih berjuta kali!
aku malu yang amat! aku tak ingat apa yang aku buat sepanjang ketakutan aku tadi yang penting aku sudah memalukan diri sendiri di khalayak ramai. aduh, malunya! aku rasa macam nak pindah dari shah alam jauh ke australia.
aku terus duduk menghadap lukisan aku tadi. tangan aku menggigil. aku pandang zieka. minta penjelasan kenapa dia tak tolong aku. "aku pun geli. lagi lah nak tolong kau." oke. alasan anda diterima. aku duduk diam tenangkan diri.
aku cuba sambung lukisan tadi. tangan aku menggigil kuat. cilaka. jangan menggigil boleh tak? aku nak siapkan cepat. cubaan ke sepuluh, aku terus berhenti. memang gigil ini takkan berhenti. aku duduk diam, tarik nafas. aku tak pernah ketakutan seteruk ini. kenapa ni?
4 comments:
Dah macam Usop dah.
cis! weyh. aku betul2 tak tau apa yang aku dah buat. yang aku tau aku menjerit. aku jerit apa pun aku tak tau. hahahahaha~
ahahahaha..aku hanya mampu tergelak..mmg kelaka la weyh tgok muke kau time tu..cam nak nanges pn de..tp ape kan daye..aku mmg xleh nak tlg..aku xsuke binatang tu..kang dia sengat aku kang..ahaha..pape pn abg qahar sgt gentle..even muke malu2..ahaha..RED HORNET!
hoih~ hahaha. malu seyh!
Post a Comment