February 26, 2011

ruang masa

waktu aku menulis ni, aku sudah pun berada di tahun 2021. oke. memang seronok la kalau boleh putarputar masa macam putar alam. nampak sangat membohongnya blog ni. lalalalala.

sebenarnya, aku baru dapat ruang masa untuk bernafas dan luangkan sedikit masa di sini. minggu yang sangat hectic bagi aku. aku masih belum berpeluang untuk tidur sebelum jam 12 malam. malam ni pun aku masih tak berpeluang. *nangis*

esok pagi aku akan ada modul [program wajib pergi bagi semua pelajar uitm. untuk masa depan katanya] dan ahad pula aku balik kampung untuk pergi majlis kenduri kahwin sepupu [dua pupu agaknya] dari aku. bila la aku akan dapat berehat dengan tenang. *tarik nafas*

sudah dua minggu aku tak dapat menjalani hari dengan tenang. syukur la dengar cerita yang pelajar ijazah akan dapat cuti empat bulan. EMPAT BULAN KAU! hambek! rehat la kau terkangkangkangkang.

oh ye. aku pun tak sempat nak update gambar aku pergi ke singapore lagi. *tarik nafas lagi*

mata aku mengantuk, tapi kerja masih banyak. tapi aku takut aku tumbang kalau tak cukup tidur. oh. teringat. hari khamis baru ni adalah hari worst dan aku hampir tumbang juga sebenarnya. pagi tu memang aku tak tidur langsung. menggigil satu badan wa cakap sama lu! aku pegang barang semua menggeletar. terus aku pesan mama mintak telur tiga suku dua biji [nyumnyum] dan minta kat abah nak redbull. syukur takde kejadian yang tak diingini berlaku. tapi jumaat memang aku kalah la. tidur juga la dua jam untuk cover sikit. petang tadi aku terus tumbang tidur depan tv yang tengah tayang cerita hantu kak limah.

dua minggu straight aku tidur jam 4-5 pagi. mana tak kalah. siang pula pergi kelas. petang pula dah mula buat kerja untuk kelas esoknya pula. saya memang pelajar yang berdedikasi. syabas kiki!

dalam kesibukan ni, aku selalu je kena tegur dengan mama, suruh makan.

aku ada bad habit. bila sibuk buat kerja, aku jarang rasa lapar. kecuali bila kerja dah siap, baru la aku sedar yang perut aku dah bergas sebab banyak makan angin. syukur la sepanjang aku belajar ni, aku ulang alik dari rumah. ada mama untuk ingatkan aku untuk makan. itupun banyak kali juga aku skip makan. bila sakit, mengagau cari ubat dan kapas [tahan telinga dari dengar bebel]. oh. telinga aku berdarah.

encik hati kata aku workaholic [komen orang yang bengang sebab dah berbulan tak jumpa]. *ketawa* jangan risau ya encik hati. hati saya tetap untuk kamu. skandal skandal tu biasa la. *ketawa lebih kuat*



masa untuk sambung semula kerja. arrivederci bebeh!

1 comment:

Lee Yna said...

dr ko dok sebuk update blog selama 10minit atau lebih nih baik la ko pejam mata kejap 10 minit..rehat lg bagus..derrrrrr...