tumpuan utama dalam memilih lelaki selalunya dari segi rupa. dari mata turun ke hati. kan? kan? kan? serupa je lelaki juga dalam memilih kriteria perempuan. manakan wujud megan fox dalam mimpimimpi basah korang kan? jangan nak kencing kaki kencing™ la.
sekarang ni aku nak ceritakan pasal satu kriteria lelaki yang tanpa disedari selalu menjadi pilihan perempuan. kriteria itu adalah lelaki misteri. bukan misteri macam misteri nusantara oke. kalau yang itu seram siot! call kejap kat johor, call lagi sekali tak sampai seminit dah kat sebelah. pergh! mahu histeria sepuluh kali baru dapat berborak secara normal.
kenapa lelaki misteri?
manusia itu sendiri mudah tertarik pada sesuatu yang misteri kerana ia seolah berbahaya dan menarik [dangerous and interesting] dan lelaki misteri ini menepati sifat perempuan yang ingin tahu dan sukakan kejutan [curiosity and love surprises].
lelaki misteri ini seperti tekateki yang tidak dapat diselesaikan [unsolved puzzle] dan kadangkala perempuan tertarik untuk tahu dengan lebih lanjut. bila informasi yang dikumpul terlalu sedikit, perempuan selalunya akan cuba selesaikan dengan menggunakan imaginasi tersendiri. semakin sedikit informasi tentang lelaki itu, semakin menarik. dan imaginasi itu sendiri yang membuatkan ia lebih menarik. secara tibatiba keinginan untuk mengenali lelaki itu membuak dan mengharap lelaki itu seperti yang wujud dalam imaginasi yang direka.
kadangkala misteri itu akan lebih menarik jika ia kekal misteri. tetapi, aku sendiri sebagai perempuan, mudah teruja dan akan korek-cari-gali or watever method yang membolehkan aku untuk tahu apa yang sangat misteri tentang dia. sepanjang proses mencarigali kemisterian lelaki itu, kadangkala perempuan terkeliru tentang perasan sendiri dengan sifat ingin tahu yang wujud pada awalnya.
untuk memudahkan proses mengorek rahsia ni, perempuan akan cuba bertanya pada empunya badan. tapi, perempuan tidak akan tanya secara direct. mereka selalunya akan cuba rapat secara perlahanlahan. jika semakin rapat, semakin misteri lelaki itu, semakin tinggi keinginan perempuan untuk mendapatkan lelaki itu. [itu dia keluar hipotesis dari aku]
kadangkadang perempuan [seperti juga aku] suka paksa si lelaki untuk beritahu aku segalanya tentang dia. sebenarnya tak perlu itu semua sebab bila perempuan dah tahu segalanya tentang si dia dari seluar dalam warna apa sehingga ke hobi hujung minggu atau setiap minit segala benda kena bagitahu secara detail apa yang kau tengah buat, misteri itu dah takde. kemudian bila hujung minggu nak jumpa, dah tak tahu nak berborak pasal apa. dari situ mula wujud bosan. gaduhgaduh manja mula bertukar menjadi gaduh cakaran harimau. esok lusa terus putus.
aku dah mencarut jauh dari lelaki misteri. senang cerita. lelaki misteri sangat menarik perhatian. ;)
tips :
2 comments:
lalalal....
awwwww.. ;)
Post a Comment