bermula dari malam semalam. aku tidur jam 5.30 pagi. ye, kerana semangat untuk menyiapkan assignment yang sudah menimbun setinggi gunung everest. terlalu leka dengan kerja sampai jam dah masuk pukul lima pun tak sedar. syabas kiki!
kelas bermula jam 8.30 pagi. alamak. pukul 7 pagi aku dah kena bangun [memandangkan aku memang selalu siap lambat]. terus kelamkabut cari selimut tutup mata. tidur tidur tidur.
jam 7.15 pagi dah dengar mama jerit panggil. wah! mata sangat tidak membantu. tolong la buka wahai cik mata. cik tahi mata memberi respon dengan sangat proaktif dengan menambah teman disekeliling mata. yeay!
around jam 8 selalunya memang aku dah siap walaupun masih larilari turun naik tangga. abah tak dapat hantar sampai atas dan aku kena berlarilari ala paris hilton ditepi pantai untuk ke kelas memandangkan jam sudah pukul 8.25 pagi.
![]() |
kinder bueno yang sangat sedap. nomnomnom~ |
habis kelas terus siapkan presentation untuk kelas seterusnya. nasib baik presentation secara berkumpulan dan bukannya individual.
presentation berjalan dengan lancar dan kemudiannya bertukar lebih lancar apabila pensyarah pun hampir terlelap untuk presentation selepas kumpulan hilmi. haha. anda sungguh comel pensyarah! bajet jalan keliling kelas boleh hilangkan mengantuk encik? dan bajet encik soal kami, kami tak nampak encik tersengguk sebelum tu? haha. tapi takpe. memandangkan encik memang comel, kami abaikan dan buatbuat tak nampak.
sangat pelik bila the whole day aku sangat tidak mengantuk. menguap itu normal. tapi aku tak terlelap seperti ida dan shahrul. isk isk isk. korang ni.
jam 5.30 petang dan aku masih belum makan tengahari. lapa weyh. lapa! pergi balik semua parents yang hantar dan ambil. aku ingat parents aku dah sampai dekat depan hotel [tempat turun naik aku pergi balik dari kelas], rupanya masih belum sampai. asap dari kenderaan yang lalulalang memang sangat membantu aku batuk dengan lebih teruk. dan kaki aku sangat menggigil untuk berdiri dengan lebih lama. mungkin sebab aku masih tak makan nasi.
sampai je rumah, aku makan dengan lahapnya. kalau brad pitt lalu sebelah pun memang aku pandang sebelah mata. itupun kalau dia cukup bertuah untuk dapat pandangan sebelah mata dari aku. ntahntah kehadiran dia pun aku tak perasan.
selesai makan, aku terus naik bilik. bajet nak call dan kacaukacau zie [sepupu aku]. malang tidak berbau bila aku batuk separuh nyawa dan muntahmuntah. mungkin muntah tak berapa nak muntah sebab aku tahan. aku tak suka muntah. benci benci benci!
aku terus tidur sebab tak tahan batuk. tidur tidur tidur. semua call aku ignore. kalau aku buka mulut je, confirm aku akan muntah. tahan tahan tahan. tidur tidur tidur. bangun dah pukul 12. ouh? alamak! assignment!!
wadehek. installer rosak pula. oke. terus sambung tidur sampai esok pagi.
aku benci bila batuk ini mengganggu dunia sosial aku. *sigh*
No comments:
Post a Comment