October 24, 2010

sistem badan yang mengada-ngada


aku allergic dengan air yang bergas. so, kepada sesiapa yang tahu, tolong ingatkan aku tentang kelemahan aku ni. aku selalu terlupa yang aku ni tak boleh minum air bergas LANGSUNG


semalam aku pergi hangout makan pizza dengan my cutest classmate, cik ayu candy n  cik zizie elmo. boleh pula masa kelas semalam ada orang buat presentation pasal logo mcd la, kfc la. terus lapa la minah 2 orang ni. aku tak termasuk oke. tapi bila sampai sana, aku yang order lebih. ceit!

aku tahu yang aku tak boleh minum air bergas sangat. so, aku tak order set yang ada coke. tapi aku tergoda dengan air passion fizz. (refer sebelah : 01)

bila air da selamat sampai, aku rasa sikit. oke. gas dia soft dan tak hard macam coke. so, i thought like, oke la ni kowt. nothing will happen. tapi still untuk selamat, aku minta juga air kosong. jap. mana air mineral yang aku bawak pergi kelas ye? tertinggal dalam kelas la tu. *tepuk dahi*

before order, aku ingat na minum strawberry rave yogurt smoothies (refer sebelah : 07) ataupun mango tango yogurt smoothies (refer sebelah : 08) tapi aku risau rasa dia tak sesedap kfc krusher : yogurt strawberry banana. sebab masa ni aku masih sedar yang aku tak boleh minum air bergas. bila terpandang je air passion fizz, aku terus lupa.

da kenyang. apa lagi. bayar la! hehe.

then, pusing sacc mall dan berjaya pengaruh diorang ni beli komik fav aku *ketawa besar*

balik rumah dan aku terus pengsan di atas katil mama yang sudah siap sedia aircond. heaven!

bila bangun je, bermulalah proses failure dalam sistem badan aku. kepala start pening. tapi nasib la gas yang aku minum tu soft. jadi aku sekadar pening je la the whole night.

worst yang pernah berlaku kat aku, dulu masa aku belajar kat perak, aku sampai masuk hospital dan kena inject. 

kenapa aku allergic dengan air yang bergas?
sebab badan aku ni jenis mudah untuk masuk angin. air bergas ni serupa macam gelembung2 udara dalam air. bila aku minum, simptom yang selalu aku kena hadap ;

1. pening n sakit dekat belakang leher atau tengkuk (betul ke aku eja ni?)
2. gastrik.
3. sistem failure : muntah-muntah, sakit yang ntah pape, cirit-birit atau apa sahaja yang menyerabutkan minda.

kadang-kadang bila aku berjalan jauh, bak kata orang, makan angin, keesokan harinya, aku akan gastrik. banyak sangat makan angin.

satu benda yang aku perasan dengan orang yang gastrik macam aku. selalunya mesti akan ada migrain. tapi aku takde. atau mungkin ada, aku je yang tak tau.

aku rimas bila badan aku fail na proses air bergas ni. rimas. sebab pening dye bukan pening yang biasa2. pening yang serabut dan tiba-tiba boleh buat aku jadi moody.

apa-apa pun, simptom ni sekejap je. hari ni aku da sihat pun. yeay!




nota kaki : nasib baik ada twitter dan facebook serta blog untuk aku menenangkan perasaan. *lompat2*

1 comment:

pijo said...

ri2 u bntai coke ok x??