buat seketika aku seolah berhenti menggunakan alam maya.
mungkin kerana kehilangan moncet a.k.a opet, hamster kesayangan aku yang manja tahap cikedis. tengok komputer pun macam tak lalu nak korek hidung je.
kalau aku bukak pun sekadar untuk mengisi masa lapang tanpa memiliki perasaan untuk melompat di atas katil seperti dulu.
sekian lama yang tak berapa lama sangat ada la dalam seminggu yang tak sampai seminggu, akhirnya aku kembali aktif. tapi bukan untuk jangka masa yang lama memandangkan aku akan menghadapi ujian hidup yang agak mencabar tidak lama lagi. doakan kejayaan aku ya.
semalam aku dapat kokok si ayam sebagai pengganti moncet si hamster. semoga kehadiran kokok mampu merubah hidup aku menjadi lebih kaya dan "saya menang motor" lagi banyak.
sekian nota hidup aku yang sungguh bosan ni.
7 comments:
eh..!?da bela ayam ke??
yela..kan da bgtau hari tu??
lorh..ngatkn men2 je..hahaha~
apa nama??
nama dye in between koko, kokok atau cuckoo..hohoho~ sbb i na bagi nama koko..abah marah..dye kata tak macho.. =.="
klu cm2 bg nama chukokok la..hahahaha!!!
hahaha~ chukokok? asal u tak kata cekodok terus? hahaha~
xnk la..cekodok tu utk makanan..t kn sama lak kn..
Post a Comment