mendaki bukit menggunakan kereta. menghantar teman ke kolej. tersangkut tak boleh turun bersama beberapa orang yang lain. tidak pasti mengapa. cuba turun dengan berjalan kaki bersama beberapa teman yang dikenali namun semuanya lelaki. mengajak beberapa teman perempuan untuk turun bersama namun tiada respon, tetapi mereka memberikan kereta untuk digunakan untuk turun memandangkan kereta tadi tersangkut bersama banyak kereta lain. terus turun untuk mencari punca mengapa ramai yang terkandas di atas. separuh jalan, ternampak seperti dunia di bawah itu sedang menghadapai perang yang bakal terjadi. ramai yang tersangkut seperti aku tadi. kereta kebal, senapang, wajah ketakutan itu. ini malaysia ke?
aku ternampak beberapa kereta mula bergerak seperti ada jalan keluar dari kekalutan itu. oh. orang amerika itu membenarkan beberapa kereta yang mahu ke seberang untuk lepas pergi. aku terus bergerak kerana seberang itu adalah shah alam. satu suara halus berkata,"jangan pergi!". aku toleh. ternampak seorang lelaki tua disebalik tembok berwajah ketakutan memandang aku. sekali lagi aku terdengar dia berkata,"jangan pergi" cuma kali ni dengan suara yang lebih sayu dan terketar-ketar. aku tanyakan mengapa? "itu perangkap. jangan pergi. itu perangkap mereka. jika kamu ke seberang, kamu akan menjadi tikus mainan mereka. semua yang ke seberang itu akan mati."
aku terus bergerak tanpa mengendahkan amaran itu. degil. untuk ke seberang aku perlu melalui deretan kereta kebal dan askar bersenjata. aku pandang kiri dan kanan sambil melalui deretan itu. perasan gentar kerana bila-bila masa mereka boleh tembak.
rupanya seberang itu adalah kawasan perumahan aku. kiri menuju ke rumah tetapi aku terus menuju ke kanan memandangkan aku teringat kata-kata orang tadi. aku harus pergi ke tempat yang jauh yang lebih selamat. kini aku seorang. aku tak pasti ke mana hilangnya teman-teman tadi. dengan berjalan kaki aku menapak mencari pengangkutan. adakah kita dalam satu peperangan?
aku ternampak sebuah kereta di tepi jalan. gunakan pembaris panjang untuk membuka kunci. terdengar bunyi kaca pecah rupanya di sebelah sisi sana kereta juga ada orang yang memecahkan tingkap kereta itu. aku berbicara lembut dengan mengajak dia untuk turut sama lari dari peperangan ini. elok sahaja bergerak aku nampak abah. pandang aku. dia dalam teksi bersama penumpang. aku melarikan diri dan aku menyuruh lelaki tadi itu menutup muka. aku tak pasti mengapa aku berbuat demikian. melarikan diri dari abah.
dalam hati aku menangis. nyawa terancam dan aku tidak dapat bersama dengan orang yang aku sayang dan meminta maaf sebelum aku mati. kenapa perlu aku lari? terdiam. terus terjaga.
No comments:
Post a Comment