Akhir-akhir ni aku ada bercerita tentang kekejaman manusia. Ternyata kekejaman itu belum berakhir. Seperti yang semua orang tahu tentang kes Datuk Sosilawati Lawiya yang berakhir dengan pembunuhan. Satu kes sensasi yang mendapat tempat pada hari raya.
Tak sangka sebenarnya benda macam ni berlaku kat Malaysia. Selalu tengok kat filem2 ataupun berlaku kat oversea. Kerana kes ni juga, aku satu family tiba-tiba tengok berita setiap sejam. Kelakar sebenarnya bila fikir balik. Masa ni la tiba-tiba rajin tengok berita padahal berita jam 8 tu pun aku selalu tukar ke hbo kalau tak pun axn.
Masyarakat Malaysia memang mengambil berat. Ye la, artis jatuh longkang pun keluar berita. Betul tak? Asalkan kau popular, kau cantik, kau ramai peminat, semua cerita pasal kau keluar paper. Masalahnya cerita yang keluar kebanyakan cerita yang kurang elok.
Antara berita yang selalu keluar :

- Artis kaki perempuan, padahal mamat ni memang jenis mesra. Nanti kalau kau tak layan peminat, keluar pulak paper, kata sombong.
- Artis pergi kelab malam, mana kau tahu dia pergi kelab malam? Mesti sebab kau pun ada kat sana kan? Takde beza pun kau dengan artis tu. Bezanya, kau tak popular, artis tu popular.
- Artis lewat ke lokasi. Kalau da lewat, tunggu je la. Perlu ke keluar paper? Nak kata yang artis tu tak berdisiplin la? Tak bagus? Kalau kau lewat ke lokasi takde pulak si artis ni burukkan kau.

- Artis A bercinta dengan artis B. Biar la diorang nak bercinta ke nak berkawan ke. Lantak diorang la. Asalkan diorang bahagia dan tak mengganggu orang lain da cukup.
Tapi aku faham. Cerita-cerita ni takkan keluar kalau takde orang baca. Orang-orang yang macam aku. Lalalala~♫
Cukup.
Aku na cerita pasal kekejaman manusia. Asal da sampai ke tempat lain?
Kisah Datuk Sosilawati yang hilang dan kemudian mati dibunuh bersama 3 yang lain. (Kenapa hanya nama Datuk Sosilawati je, mana nama yang lain? Sebab diorang tak popular. Kan?) Nak tau apa yang berlaku? Kalau nak tau, bacalah surat khabar! Agagagaga. Oke aku gurau je.
![]() |
kawasan kejadian |
Datuk Sosilawati dikatakan keluar atas urusan pembelian tanah bersama pemandu, pegawai bank dan peguam. Kemudian hilang tanpa jejak. Ada la jejak cuma tak banyak sebab diorang naik kereta. Kemudian polis berjaya menangkap suspek. (Hebatkan polis Malaysia? Dapat tangkap suspek ta sampai sebulan.) Suspek mengatakan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain telah dibunuh, dibakar dan abunya dibuang ke sungai yang menghala ke laut.
Datuk Sosilawati dikatakan telah dibakar menggunakan sistem bakar mayat tradisional yang telah digunakan di India. Caranya, mayat diletakkan di bawah timbunan tahi lembu dan petrol. Cara ini mempercepatkan pembakaran yang sepatutnya mengambil masa berjam kepada 30-60 minit. Ada berita yang mengatakan dna dari abu tempat pembakaran itu telah disahkan milik mangsa-mangsa kejadian. Tapi aku bukannya polis nak sahkan pun.
Manusia semakin kejam. Gelaran Datuk pun tidak membawa makna apa-apa. Dibakar menggunakan tahi lembu. Tahi lembu tu! (kenapa aku eja baku sangat tahi?) Sejenis benda yang kau sendiri masa hidup geli nak pegang. Dunia oh Dunia.
Nota kaki lenguh-lenugh baru balik dari kampung : Al-fatihah untuk mangsa. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment