Malam raya
Aku tidur lewat dalam pukul 6 pagi sebab siapkan finishing touch untuk baju raya.
Hujan.
Aku terus keluar tutup tingkap, periksa kunci dan moncet.
Sejuk.
Agak seram juga la sebab semua orang dah tdo dan tinggal aku sorang. Agak-agak kalau ada pape jadi, mati aku. Tapi aku beranikan diri juga.
Elok je aku naik tangga nak naik ke bilik, bunyi guruh. Aku terdiam. Bunyi guruh kali ni berbeza. Lebih kasar dan aku dapat rasa gegaran bawah tapak kaki aku. Teringat, hari ni hari pembebasan si jahat. Mungkin guruh ini untuk mereka.Aku buka pintu sliding atas, aku tengok alam. Langit sebelah barat agak cerah.
Aku takut.
Terus mengira hari. Hari ni hari apa ye? Jumaat.
Diam.
Kalau matahari muncul dari barat . . .
Aku diam lagi.
Aku tutup sliding. Terus ke bilik. Dalam hati berdoa. Hanya Tuhan je yang tahu.
Dengar azan. Terus ambil wuduk dan solat.
Tanpa sedar aku menangis ketika berdoa. Aku dapat rasakan keagunganNya. Aku dapat rasakan rahmatNya.
Baca Quran untuk tenangkan hati. Aku teringat segala memori raya buat beberapa tahun kebelakangan ni. Aku tutup Quran. Aku tak dapat tumpukan perhatian. Masih ada yang belum selesai.
Guruh berbunyi lagi.
Kalau hari ni adalah harinya, aku akan masuk ke bahagian mana?
Jauh betul aku berfikir. *ketawakan diri sendiri*
Pagi Raya
Aku tak mampu nak ceritakan semua. Cuma aku bersyukur. Doa aku termakbul.
Aku nampak semula senyuman itu. Senyuman yang aku sendiri tak mampu untuk gambarkan tetapi cukup menenangkan hati. Segalanya sudah selesai.
Terima kasih Tuhan. *mengesat air mata di pipi*
No comments:
Post a Comment